Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

#KerajaanDerhaka: Ratusan Berarak Di Demo #Lawan Tuntut PM Letak Jawatan

Kongsikan Artikel Ini

Ratusan penunjuk perasaan berpakaian hitam berhimpun di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebilangan besar membawa sepanduk dan papan nama yang bertuliskan “Kerajaan Gagal” manakala yang lain mengibarkan bendera hitam.

Para penunjuk perasaan menuduh kerajaan salah urus wabak Covid-19.

Beberapa yang hadir mengusung replika mayat berbalut kain kafan lambang kematian Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Penunjuk perasaan, berjumlah sekitar 200 orang, telah berkumpul di sekitar Dataran Merdeka karena lokasinya telah dikawal oleh polis.

Sekretariat Solidariti Rakyat, penganjur tunjuk perasaan pula menganggarkan jumlah peserta skitar 1,000 orang.

Terdahulu, pada jam 11.35 pagi, mereka berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan, “lawan, lawan kerajaan zalim” dan “lawan, lawan tolak Muhyiddin.”

Ada juga di antara mereka yang memegang plakad yang menentang pentadbiran PN seperti “Rakyat Tenat Menteri Khianat,” dan “Kerajaan gagal.”

Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengawasi di kawasan sekitar protes itu, disamping petugas perubatan dan ambulans.

 

Bantahan hari ini anjuran kumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat itu menuntut pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Penganjur telah menasihatkan para peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard terhadap Covid-19 termasuk untuk mengambil suhu badan mereka dan memakai pelitup muka.

Polis pula dilihat memberi peringatan kepada para penunjuk perasaan supaya mereka mematuhi SOP: “Pastikan terus jaga jarak sosial anda.”

 

Dalam pada itu, tanda pagar #Lawan kini sohor di Twitter Malaysia dengan lebih 100,000 ciapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania