Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Kenapa ‘Kerajaan Derhaka’ Tak Nak Bahas Ordinan Darurat Di Parlimen?

Kongsikan Artikel Ini

Sudah banyak diperkatakan dari sudut perundangan tentang situasi di antara DYMM Yang Di Pertuan Agong dan kerajaan Perikatan Nasional yang melibatkan sidang Pprlimen sejak beberapa hari ini.

Saya hanya ingin menyentuh dari aspek sudut moral isu yang agak amat mustahak yang melibatkan hak rakyat yang telah di abaikan.

Tuanku Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan memastikan parlimen Malaysia berfungsi sepenuh dan sebaiknya supaya suara rakyat dapat disampaikan di parlimen melalui wakil wakil mereka.

Apabila kerajaan Muhyiddin Yassin pertama kali mengesyorkan darurat pada tahun lepas, Istana Negara telah menolaknya. Apabila sekali lagi dipohon buat kali kedua, Tuanku Agong telah memperkenankannya

Berbagai komen telah kedengaran apabila ianya ditolak dan juga apabila ianya diperkenankan.

Isu paling utama yang kita hadapi hari ini adalah DYMM Tuanku Agong meminta supaya isu darurat, yang patutnya tamat pada 1 Ogos 2021 ini, dibawa ke parlimen untuk “di bahaskan”.

Sebenarnya Tuanku Agong dan Majlis Raja Raja Melayu telah sejak berberapa bulan dahulu meminta parlimen bersidang “secepat mungkin” tetapi perkata ini tidak diendahkan dan diabaikan oleh Mahiaddin.

Oleh kerana tiada respon yang sepatutnya, Istana Negara telah terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut sebanyak tiga kali.

Apabila parlimen “bertemu”, bukan bersidang seperti sepatutnya pada 26 Julai lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan di parlimen bahawa Ordinan darurat telah pun di tamatkan pada 21 Julai dan tiada perbahasan seperti sepatutnya perlu diadakan lagi.

Pada 29 Julai pihak Istana Negara telah menyatakan tiada perkenan sedemikian rupa telah di beri oleh Tuanku Agong dan perkara itu mesti di bahaskan di Parlimen.

Kerajaan telah menanguh parlimen beberapa kali pada 29 Julai tersebut supaya tiada penjelasan boleh diminta dari kerajaan pada hari Khamis.

Selepas itu Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan menyanggah dengan tidak sopan serta biadab kenyataan lebih awal dari Istana Negara seperti yang tidak pernah berlaku sebelum dari ini.

Berikutnya, pada 30 Julai Tuanku Agong telah mengulangi gesaan Baginda untuk perbahasan tersebut di adakan oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat dengan beberapa penghuraian.

Menteri Undang undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun (gambar, bawah) hanya menghadap Tuanku Agong hanya beberapa hari sebelum Parlimen yang sangat penting itu untuk tidak memberi banyak ruang kepada Tuanku dan seolah olah ingin “memaksa” sesuatu ke atas Baginda.

Isu undang-undang telah banyak di huraikan sebelum pada ini dan tidak perlu di ulangi di sini.

Perkara pokok di sini adalah kenapa kerajaan Muhyiddin amat keberatan untuk membenarkan perbahasan isu ordinan darurat ini dan seolah olah mengharap memaksa Tuanku Agong akur sahaja.

Bukankah parlimen tempatnya wakil rakyat berhujah isu penting negara?

Kenapa sanggup menangguhkan sidang parlimen sehingga tiga kali pada hari Khamis dengan alasan ujian Covid-19?

Sekalipun ingin dibuat ujian bukankah boleh menunggu sehingga sidang tamat memandangkan tiada siapa juga dibenarkan keluar parlimen ?

Mengapa sikap biadap dan derhaka di tunjuk begitu terang terang terhadap Tuanku Agong oleh kerajaan dalam isu ini?

Apatah lagi sebelum ini kerajaan Perikatan Nasional memberi seribu satu alasan melambatkan sidang parlimen setelah Agong dan Majlis Raja Raja bertitah ianya di adakan “secepat mungkin”?

Di manakah adat tradisi bersopan Kerajaan Melayu Islam ini yang sanggup berlaku biadab terhadap Raja-Raja sendiri yang dahulu dikatakan dilakukan oleh bangsa lain?

Di manakah pembelaan PAS?

Sebanyak 90 peratus ahli kabinet Muhyiddin terdiri dari orang Melayu Islam.

Di manakah pembelaan terhadap Raja-Raja oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang secepat kilat menyatakan berdiri teguh di belakang Muhyiddin sedangkan dahulu berikrar taat setia pada Ulu Amri Negara ?

Adakah kuasa dan bukan kebenaran menurut Islam yang lebih penting kepada mereka lagi?

Tuanku Agong bertindak demikian demi mempertahankan hak suara rakyat supaya kedengaran di parlimen pada masa Covid 19 melanda dan meragut ribuan nyawa rakyat.

Tuanku Agong mempertahankan suara wakil parlimen yang dipilih oleh rakyat supaya didengari oleh kerajaan tebuk atap yang lemah, kesan daripada menyusup masuk melalui pintu belakang dan bukan pilihan rakyat pada PRU 14.

Sedarlah rakyat pendirian Tuanku Agong adalah untuk membela hak rakyat bersuara melalui parlimen selepas hampir dua tahun rakyat dikurung kelaparan serta kepapaan oleh kerajaan yang tidak mempunyai hala tuju dan amat lemah berhadapan Covid 19.

Kerajaan Muhyiddin hanya ingin menyelamatkan diri sendiri mengagalkan parlimen sementara Tuanku Agong ingin memberi ruang suara rakyat yang lebih luas di parlimen untuk semua menyumbang suara untuk kebaikan bersama.

Anak muda berkumpul menuju ke Dataran Merdeka hari ini, doktor perubatan yang menyelamatkan nyawa kita telah mogok baru baru ini dan parlimen pula cuba disekat dan dinafikan bersuara oleh kerajaan gagal ini.

Semua rakyat perlu berdiri teguh taat setia menyokong Tuanku Agong dalam usaha Baginda membela suara rakyat di parlimen bersama dengan usaha doktor doktor yang ingin menyelamatkan nyawa kita dan anak muda yang juga cuba di tutup suara mereka di Dataran Merdeka hari ini.

Rakyat marhaen dan profesional telah bersuara dan Raja-Raja kita telah pun ke hadapan membela suara rakyat, bila lagi kita pula akan turut bersama?

Hanya kepada Allah kita berserah.

RAJA BAHRIN SHAH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 16 Jan – Pada Sabtu 15 Januari 2022, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau menerima satu kiriman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA ADAKAH ANDA SUDAH BERTINDAK KE ATAS PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ANDA? Mungkin ramai individu yang tidak peka malah tidak mengetahui berkaitan...

Copyright © 2021 Media Rania