Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong: Yang Terlibat Harus Berundur Atau Dikenakan Hukuman Setimpal

Kongsikan Artikel Ini

Bekas menteri Rafidah Aziz menegaskan pihak yang bertanggungjawab membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Istana Negara harus “berundur atau dikenakan hukuman setimpal” atas kesalahan membelakangkan peranan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini adalah perbuatan mengenepikan peranan Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.

“Ia adalah skandal terbaharu kerajaan pintu belakang. Saya amat dukacita dan begitu juga seluruh rakyat yang berfikiran rasional,” tegas beliau.

Rafidah mengeluarkan kenyataan spontan itu selepas Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin, bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu, walhal ia belum lagi diperkenan baginda.

Rafidah berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan, mengenai pembatalan Ordinan-ordinan Darurat mengejutkan seluruh negara.

Namun, katanya negara mendapat kejutan lebih besar susulan pendedahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin cuba meminggirkan Yang di-Pertuan Agong sendiri secara terang-terangan.

“Kerajaan ini telah jelas mengenepikan dan tidak mempedulikan proses-proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Tidak boleh ada tolak ansur dengan perkara ini, yang terlibat mesti berundur atau dikenakan hukuman setimpal,” tegas Rafidah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, menegaskan kenyataan Takiyuddin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Kenyataan Istana Negara itu menegaskan kerajaan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin dan Peguam Negara, Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” menurut kenyataan Istana Negara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMIRI, 17 Sep – Kerajaan digesa membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak, kata Ahli...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 16 Sep – Jasa dan pengorbanan perwira dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak pernah dilupakan. Bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 16 Sep – Nikmat perayaan Hari Malaysia wajar disemarakkan dengan iltizam reformasi membina semula negara. Jelas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan...

Copyright © 2021 Media Rania