Jenayah

Nasi Ganja – Siapa Kena Rakam Keterangan?

Kongsikan Artikel Ini

IPOH, 27 Jul – Polis Perak mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil bungkusan nasi ganja pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berpangkat Datuk berumur 52 tahun itu antara tiga individu selain juruterbang, 46, dan lelaki membuat pesanan, 62, yang dirakam percakapan oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“Ketiga-tiga percakapan saksi telah dirakam hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tegasnya, setakat ini, hanya tiga individu itu sahaja yang dirakam percakapan termasuk Datuk berkenaan yang menaiki helikopter pada hari kejadian, namun beliau enggan mendedahkan butiran peribadi kesemua mereka.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu lepas memaklumkan helikopter Bell 505 dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh pada 9.08 pagi sebelum kembali ke Subang pada 11:02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniTokoh wartawan negara menyifatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2005 ditolak kerana ia diakui berkesan. Datuk A...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version