Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Kezaliman Suu Kyi Terhadap Rohingya Akhirnya ’Dibalas’

Kongsikan Artikel Ini

YANGON, 27 Jul – Junta tentera Myanmar membatalkan keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi.

Pemilihan itu diumum sebagai ‘tidak bebas dan adil’, enam bulan selepas kerajaan pimpinan pemenang hadiah Nobel itu digulingkan menerusi rampasan kuasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik junta tentera mendakwa menemui lebih 11 juta kes penipuan pilihan raya dilakukan NLD, yang menang besar dengan mengalahkan parti pembangkang disokong tentera.

Pengerusi suruhanjaya itu, Thein Soe, berkata NLD cuba merampas kuasa kerajaan negeri yang dipegang parti selain NLD manakala calonnya menyalahgunakan sekatan COVID-19.

“Pilihan raya 2020 tidak dijalankan secara adil, itulah sebabnya keputusan pemilihan ini dibatalkan,” katanya tanpa mengulas bila pemilihan semula akan diadakan di negara dengan 54 juta penduduk itu.

Sebelum ini junta tentera berkata oemilihan bahaeu akan diadakan dalam tempoh dua tahun tetapi turut mengugut mahu membubarkan NLD.

Suu Kyi ditahan sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu dan menghadapi beberapa tuduhan mahkamah termasuk melanggar sekatan coronavirus hinggalah mengimport ‘walkie talkie’ secara haram, yang menyebabkannya dipenjara lebih 10 tahun.

Myanmar kecoh sejak rampasan kuasa itu dengan lebih 900 orang dilaporkan terbunuh dalam tunjuk perasaan yang diadakan hampir setiap hari, menurut kumpulan aktivis Persatuan bantuan Tahanan Politik.

Menurut Bank Dunia, ekonomi Myanmar dijangka menguncup sehingga 18 peratus tahun ini susulan pergolakan dalaman itu selain ancaman gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Selain itu, keengganan Suu Kyi membantu pelarian Rohingya yang berlindung di beberapa kem di Bangladesh selain menzalimi mereka di tanah air sendiri turut menjadi punca kejatuhannya.

NLD menyaksikan sokongan kepada mereka meningkat tahun lalu berbanding pada pilihan raya umum 2015.

Kumpulan pemantau, Asian Network for Free Elections, dalam laporan mengenai pilihan raya 2020, berkata keputusan pemilihan itu menggambarkan keinginan dan kesungguhan rakyat Myanmar.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania