Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Ordinan Darurat: Sekali Lagi Mahiaddin Dan Kerajaan PN Hina KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara

Kongsikan Artikel Ini
1. Hari ini Menteri Undang-Undang, Takiyudin dalam celahan ucapan Ketua Pembangkang memaklumkan kerajaan telah “revoke” (menarik balik) semua Ordinan Darurat sejak 21 Julai lalu.
2. Pengumuman ini amat mengejutkan semua pihak, bukan sahaja Ahli Parlimen malah seluruh rakyat. Penarikan balik ini membawa makna semua undang-undang di bawah Ordinan Darurat sudah tidak terpakai.
3. Ada tiga persoalan yang saya hendak sentuh berkaitan penarikan ini.
4. Pertama, mengapa “revoke” ini dibuat lebih awal tanpa perbincangan di Parlimen seperti mana yang dititahkan oleh KDYMM YDPA?
5. Kedua, adakah “revoke” ini selari dengan kehendak Perlembagaan Negara tanpa perlu dibincangkan, dibahas, diundi dan diluluskan di Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara)?
6. Ketiga, Adakah “revoke” ini telah dipersembahkan kepada KDYMM YDPA untuk diluluskan? Jika telah dipersembahkan dan mendapat kelulusan baginda mengapa tidak diumumkan pada tarikh 21 Julai yang lalu?
7. Menafikan titah KDYMM agar Ordinan Darurat dibincang dan dibahas di Parlimen membuktikan Mahiaddin dan Kerajaan PN telah memperlekeh dan menghina baginda YDPA termasuk semua Raja Melayu.
8. Pengumuman mengejut hari ini di Parlimen jelas membuktikan “revoke” ini tidak dipersembahkan kepada SPB YDPA lebih awal. Apa yang patut berlaku mengikut Perlembagaan Negara dan Ordinan Darurat ialah cadangan “revoke” ini hendaklah dibentangkan di Parlimen, dibincang, dibahas dan diundi untuk kelulusan. Setelah itu dipersembahan kepada SPB YDPA untuk pengesahan sebelum diisytiharkan.
9. Jelas di sini, hari ini untuk kesekian kalinya Mahiaddin dan Kerajaan PN telah memperlekeh dan menghina KDYMM SPB YDPA, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.
10. Berbeda dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi teras kekuatan negara tercinta ini.
11. Mahiaddin dan Kerajaan PN sesungguhnya telah hilang maruah, integriti dan kelayakan selaku sebuah kerajaan. Mereka hanya badut-badut politik yang rakus. Rakyat wajib bangkit menolak dan menumbangkan mereka.
Aki Rock

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER