Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

#KerajaanDerhaka: Adakah Agong perkenan batal Ordinan Darurat

Kongsikan Artikel Ini

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah pembatalan semua Ordinan Darurat yang diumumkan kerajaan hari ini sudah dipersembah dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya belum pasti. Saya minta penjelasan. Kalau ini belum berlaku, pengumuman ini tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan pada institusi Raja-Raja Melayu khususnya Agong. Ini bukan politik ringan,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, mengesahkan kerajaan tidak akan menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Beliau turut memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa ia diisytiharkan.

Dalam pada itu, Anwar berkata pengisytiharan atau pembatalan Ordinan Darurat adalah suatu yang serius.

Katanya, perkara itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya secara spontan.

“Polisi keputusan seperti ini harus dibentangkan secara hormat daripada Ahli Parlimen supaya ada peraku, setuju atau menyambut baik dan ini tak berlaku,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER