Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Adakah Kamu Dikawal Kerajaan, Ramkarpal Soal Azhar

Kongsikan Artikel Ini

Hari pertama mesyuarat khas Dewan Rakyat kecoh apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menyoal Speaker Azhar Azizan Harun adakah beliau dikawal kerajaan, kerana tidak membawa proklamasi darurat dan ordinan berkaitan ke Dewan sebelum ini.

Ramkarpal berkata Azhar tentu faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar tentu faham peraturan Dewan Rakyat tidak boleh mengatasi Perlembagaan.

“Tuan Speaker telahpun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Adakah anda dikawal kerajaan?” katanya kepada Azhar, bertentang mata.

Pertanyaan itu disambut seruan “tarik balik” daripada blok pemerintah, dan tepukan meja.

Azhar tidak mencelah Ramkarpal.

“Saya nak tahu, Tuan Speaker, kenapa proklamasi darurat dan ordinan di bawahnya tidak dibawa ke Dewan…adakah Tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara-perkara tersebut ke Dewan?

Ramkarpal menyeru Azhar letak jawatan jika itu agenda beliau.

“Atau kami akan kemuka usul barangkali untuk meminta Tuan Speaker melepaskan jawatan,” tambahnya, lalu menamatkan gilirannya.

Azhar meneruskan perbahasan dengan memberi laluan kepada Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER