Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Tokyo 2020 – Atlet Uganda ‘Cari Pasal’ Kena Halau

Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 24 Jul – Atlet angkat berat Uganda yang hilang di Jepun minggu lalu selepas impiannya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 lebur, dihantar pulang semalam.

Julius Ssekitoleko, 20, ditemui telah berada di Jepun, Selasa lalu, beberapa hari selepas meninggalkan kem latihan dan tindakannya itu dianggap seorang menteri Uganda sebagai ‘kelakuan dan pengkhianatan yang tidak dapat diterima’.

Menteri Luar itu berkata, Ssekitokelo yang disambut oleh wakil kerajaan sebelum berlepas di lapangan terbang Entebbe, melanggar peraturan pasukan Olimpik Uganda dan kini akan menjalani sesi kaunseling.

Pegawai Uganda berkata, atlet itu mendapati dia tidak dapat menyertai temasya berkenaan kerana tidak memenuhi standard Olimpik dalam ranking terbaru antarabangsa.

Satu nota ditemui di hotel penginapan Ssekitoleko yang mana dia berkata mahu bekerja di Jepun dan meminta segala barangnya dihantar kepada keluarganya di Uganda.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Uganda, Salim Musoke Ssenkungu pada minggu lalu memberitahu AFP yang Ssekitoleko sangat bekerja keras untuk beraksi pada penampilan pertamanya di Olimpik.

“Dia bukan dari keluarga kaya, jadi dia perlu bekerja keras untuk berjaya,” kata Ssenkungu.

Menteri Luar Negeri, Henry Okello Oryem pada Selasa lalu berkata, kerajaan Uganda sudah mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Jepun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (PL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi. Sadio...

English

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Sadio Mané had long since assumed his place in Liverpool history. He was a scorer in one Champions...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Sep – Jurgen Klopp memberi amaran buat anak-anak buahnya bahawa Liverpool tidak boleh mempersia-siaka peluang untuk meraih mata jika ingin...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Adakah Hammers mampu kejutkan ‘kelab dua pengurus’ seperti mana yang dilakukan Young Boys dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah...

Copyright © 2021 Media Rania