Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Segerakan Serahan Kunci Rumah Selangorku – Rodziah

Kongsikan Artikel Ini

SHAH ALAM, 24 Jul – Pemaju perumahan yang terbabit dalam projek Rumah Selangorku digesa menyegerakan penyerahan kunci kepada pemilik rumah yang telah siap dibina bagi mengelak mereka terus dibebankan.

Menurut Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Rodziah Ismail berkata ini kerana pembeli terpaksa menanggung dua jenis kos iaitu sewa rumah yang didiami sekarang selain pinjaman bank untuk kediaman yang bakal diduduki.

“Ada rumah yang telah siap namun disebabkan tatacara operasi piawai (SOP) tertentu dan larangan merentas daerah, serahan kunci tidak dapat dibuat atau pemaju menangguhkannya.

“Justeru, saya sarankan mereka (pemaju) supaya menyegerakan proses tersebut tanpa perlu menganjurkan majlis besar-besaran kerana yang penting masyarakat tidak terbeban,” kata Rodziah.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan terkini Program Vaksin Selangor (Selvax) Peringkat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma Seksyen 19 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata sebanyak 62 projek Rumah Selangorku siap dibina dalam tempoh dua tahun membabitkan 23,209 unit manakala baki 19,665 unit lagi dijangka menjelang akhir tahun ini.

“Projek paling banyak siap di daerah Hulu Langat iaitu 19 projek dengan 5,940 unit diikuti 12 projek di Petaling membabitkan 5,659 unit,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini...

Copyright © 2021 Media Rania