Negeri

Penduduk Pangsapuri Sri Nilam Terima Sayuran Daripada KEADILAN Ranting Ampang Campuran

Kongsikan Artikel Ini

AMPANG, 24 Jul – Semenjak pelaksanaan PKP 3.0, rakyat Malaysia terus diselubungi oleh ancaman Covid-19.

Jumlah kumulatif kes harian tidak pernah turun malah telah mencecah rekod tertinggi sebanyak 15,573 pada 23 Julai 2021 (semalam).

Penduduk Pangsapuri Sri Nilam memilih sayur-sayuran berkhasiat daripada dua buah lori yang dihantar pagi semalam.

Walaupun pelbagai program bantuan telah diumumkan, namun masyarakat B40 masih tidak dapat mendapat bantuan yang mencukupi untuk menampung keperluan harian sekeluarga.

Kempen bendera putih dilihat sedikit sebanyak merancakkan sumbangan daripada badan NGO dan individu prihatin namun ia masih tidak mencukupi untuk membekalkan makanan berkhasiat.

Justeru itu, sekumpulan pemimpin akar umbi ranting KEADILAN di Ampang menghidupkan semula bantuan sayur-sayuran percuma yang telah dihentikan sejak enam bulan lalu.

Pasukan KEADILAN Ranting Ampang Campuran bersemangat mengedarkan sayuran kepada penduduk Pangsapuri Sri Nilam, Ampang, semalam.

Hasilnya, sebanyak dua buah lori dibawa ke Pangsapuri Sri Nilam pada pagi semalam di bawah kelolaan Sdr Sunderadievel, Ketua Ranting KEADILAN Ampang Campuran, Jalan Ikan Jelawat.

Sunder, yang juga seorang pengamal yoga berkata, saat pandemik yang mencabar ini, masyarakat lebih memerlukan makanan segar berkhasiat.

Ujar beliau, “Saya mendapati ramai pihak memberi barangan makanan kering seperti mi segara, tetapi saya berharap penduduk boleh menikmati makanan sayuran yang lebih berkualiti. KEADILAN sentiasa berada di barisan hadapan untuk berkhidmat terhadap masyarakat majmuk di Parlimen Ampang”.

Sayur-sayuran segar seperti sawi, bawang, tomato dan kangkung dibawa dari pasar borong pada pagi yang sama.

Sungguhpun jumlah dua buah lori sayur itu kedengaran banyak, hakikatnya hanya dalam tempoh 2 jam saja kesemua sayuran tersebut habis diedarkan atas komitmen pasukan KEADILAN yang efektif.

Dalam tempoh dua jam sahaja, kesemua sayuran yang dibekalkan telah habis diedarkan kepada penduduk terjejas oleh pasukan Ranting KEADILAN Ampang Campuran.

Menurut Ketua Ranting Pangsapuri Seri Nilam, Saudara Rosman, beliau amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan daripada Sunder yang sering menolong penduduk di sana.

Semangat muafakat antara ranting-ranting KEADILAN berdekatan memupuk semangat muhibbah dalam masa-masa genting seperti ini. “Mujurlah sumbangan kali ini datang tepat pada masa. Ramai yang masih menunggu gaji bulanan, dapat juga bekalan makanan yang segar,” jelas beliau.

Program edaran ini akan diteruskan pula merangkumi kawasan Taman Sri Watan, Lembah Jaya dan Ampang Campuran dalam minggu-minggu akan datang.

Turut serta dalam program ini adalah Tuan Ee Wei Liang, Ketua Kampung Baru Ampang dan Puan Norsiah Md Hashim, Ahli Majlis Zon, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

– MEDIA RANIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlembagaan di Wisma Negeri,...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version