Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

KANTOI – Timbalan Speaker Pengkhianat Kena Siasat Lagi!

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 24 Jul – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon, berkaitan pelanggaran SOP selepas gambarnya sedang makan di sebuah ladang pertanian di Rengit, dekat Batu Pahat, tular baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu untuk diambil keterangan bersama dua wanita, difahamkan adalah isteri dan anaknya, yang turut kelihatan dalam gambar itu, selain pemilik ladang berkenaan.

“Kita akan panggil mereka untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 18 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya ketika diminta mengulas isu pelanggaran SOP oleh Rashid dalam sidang media.

Mengenai perkembangan video tular berkumpul makan durian di sebuah kebun di daerah sama yang turut membabitkan Rashid, beliau berkata, kertas siasatan mengenainya sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara 14 Julai lalu.

Pada masa sama, katanya, kes video tular membabitkan sekumpulan individu makan durian yang dipercayai melibatkan petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin di bandar raya ini juga telah dibuka kertas siasatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 17 Sep – Bentuk hukuman dikenakan terhadap pesalah terutama membabitkan rasuah seolah-olah dipengaruhi status sosial dan hierarki politik mereka, dakwa...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 17 Sep – Mahkamah Rayuan hari ini memberi amaran bahawa tiada lagi penangguhan dalam pendengaran rayuan Khairy Jamaluddin berhubung pembayaran ganti...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media Saya menyambut baik jawapan bertulis YAB Perdana Menteri bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk tidak lagi menjadikan percubaan...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 13 Sep – Personaliti kontroversi tanah air, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Copyright © 2021 Media Rania