Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

UK Longgar Sekatan Namun Indonesia Terus…

Kongsikan Artikel Ini

MANILA, 23 Jul – COVID-19 kini mula melalui gelombang baharu dengan Indonesia mendahului sebagai pusat pandemik selepas mencatat purata 50,000 jangkitan hampir setiap hari sejak kebelakangan ini.

Lonjakan di negara dengan jumlah penduduk keempat terbesar di dunia itu diburukkan lagi dengan masalah hospital kekurangan oksigen dan ubat-ubatan untuk menyelamatkan nyawa.

Sementara itu, kematian semakin meningkat melebihi 1,000 ke sehari sehingga mayat tidak dapat diuruskan dengan baik dan memaksa kerajaan menguat kuasa serta mengetatkan langkah kawalan coronavirus.

United Kingdom (UK) juga merekodkan purata 50,000 jangkitan selain 50 kematian sehari tetapi keadaannya jauh berbeza dengan sebahagian besar sekatan dilonggarkan sejak 19 Julai lalu, yang digelar ‘Hari Kebebasan’.

Negara itu buat pertama kali menyaksikan kesesakan di kelab malam, penumpang menaiki tren tanpa pelitup muka dan pelanggan restoran tidak dihadkan, selepas beberapa bulan dikongkong peraturan ketat.

Perbezaannya di dua negara ini adalah vaksinasi, yang mana lebih 55 peratus penduduk UK sudah menerima vaksin manakala di Indonesia, hanya enam peratus penduduknya sudah lengkap dua dos vaksin.

Program inokulasi yang bergerak perlahan dan kesangsian penduduk terhadap vaksin dikenal pasti sebagai punca utama penularan coronavirus sukar dibendung.

Seperti diingatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa bulan lalu, kegagalan moral dalam pengagihan vaksin antara negara kaya dan miskin mengundang bencana yang dihadapi sekarang.

Kurangnya perlindungan di negara membangun seperti Indonesia, sebelum ini India dan sebahagian Amerika Latin, tidak hanya mengorbankan nyawa dan menjejaskan masyarakat tempatan, malah turut mengancam dunia.

Varian delta kini merentasi segenap dunia, sekali gus menunjukkan kesannya jika COVID-19 dibiar terus berkembang tanpa perancangan strategik bagi membendung penularan.

Penularan pantas varian itu turut meningkatkan kadar jangkitan di negara yang sudah divaksin, seperti Amerika Syarikat (AS) dan UK.

Pensyarah epidemiologi penyakit berjangkit di Imperial College London, Marc Baguelin, berkata negara maju mahukan vaksinasi penuh untuk penduduknya, namun berdepan masalah etika yang lebih wajar dibimbangi.

“Ini juga bermaksud kita mendorong kemungkinan munculnya varian baru, yang sekali lagi akan mengancam negara kaya, sekali gus menunjukkan betapa rapuhnya keadaan kita,” katanya.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania