Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PPV Mega Ampang Bakal Rancakkan Program Vaksinasi Lembah Klang – Andre Lai

Kongsikan Artikel Ini

AMPANG, 23 Jul – Demi mencapai hasrat mewujudkan imuniti kelompok secepat mungkin, sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Lembah Klang dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Sebuah pusat membeli-belah, Galaxy Mall, dekat sini bakal dijadikan PPV Mega sebagai sebahagian daripada program merancakkan program vaksinasi di Lembah Kelang.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai berkesempatan meninjau premis berkenaan bersama pengurusnya, Encik YC Lee dan ADUN Teratai, Bryan Lai, untuk meninjau persiapan terakhir tapak vaksinasi tersebut baru-baru ini.

Andre Lai (kiri sekali) bersama Adun Teratai, Bryan Lai (tengah) dan pengurus Galaxy Ampang, YC Lee meninjau persediaan PPV Mega baru-baru ini.

Inisiatif untuk menggunakan tapak gedung beli belah ini membawa erti yang besar buat penduduk sekitar Ampang dan Hulu Langat. Galaxy Mall yang dibina pertengahan 90-an merupakan sebuah bangunan yang amat besar dan luas.

Selain mempunyai ruang seluas 10,000 kaki persegi dan tempat letak kereta luas yang cukup untuk menampung lebih daripada 1,000 kenderaan, lokasi Galaxy Mall di Taman Dagang berada tidak jauh daripada sempadan Kuala Lumpur, Parlimen Ampang dan Pandan menjadikan ia tempat yang strategik untuk pemohon vaksinasi.

Ruang tingkat tiga yang luas membolehkan PPV Mega beroperasi pada tahap maksima tidak lama lagi.

Hasil daripada usaha keras Bryan, pihak berkuasa mencapai kata persetujuan untuk menjadikan tingkat tiga pusat beli-belah itu sebagai PPV Mega terbaharu di Lembah Klang, dengan kapasiti pemberian vaksinasi mampu mencecah 3,000 dos setiap hari.

Andre Lai, yang juga pengundi parlimen Ampang, mengalu-alukan PPV Mega ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk merancakkan program vaksinasi di Lembah Klang.

“Sejak beberapa bulan lalu, Lembah Klang telah melihat kemunculan beberapa PPV Mega, namun kadar vaksinasi tidak begitu memberangsangkan.

Saya berharap dengan adanya PPV Mega ini dapat memanfaatkan penduduk di sempadan Wilayah Persekutuan dan Ampang,” ujarnya.

Persiapan akhir sedang dilakukan termasuk mematuhi segala SOP pengendalian PPV Mega yang ditetapkan pihak berkuasa.

Andre Lai, atas kapasiti selaku Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan telah melancarkan inisiatif mendapatkan tarikh vaksinasi untuk seluruh Lembah Klang sejak bulan Mei 2021.

Dengan kerjasama pelbagai pihak terdiri daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan aplikasi MySejahtera, ramai penduduk terutamanya dari Ampang telah mendapatkan temujanji vaksinasi melalui inisiatif ini.

Menurut PKD Hulu Langat, PPV Mega ini akan menggantikan PPV Ampang Indah dan dijangka beroperasi pada 26 Julai 2021.

Ia akan beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 8 malam dan dijangka dikendalikan tenaga sukarelawan berkebolehan seramai 300 orang.

Mulai 1 Ogos 2021, penduduk yang masih tidak mempunyai temujanji menerusi aplikasi MySejahtera, boleh mendapatkan vaksinasi secara datang terus (walk-in), namun SOP bagi pengendalian PPV Mega Ampang setakat ini belum lagi dimuktamadkan.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER