Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Polis Terima 13 Laporan Pemberian Vaksin Kosong

Kongsikan Artikel Ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 13 laporan berhubung pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak beberapa hari lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, laporan melibatkan tujuh kes di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak dan Melaka.
KKM sebelum ini menjelaskan, mana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.
Sementara itu, Abd Jalil turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penipuan berkaitan penjualan vaksin COVID-19.
“Sehingga kini vaksin COVID-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui medium lain termasuk secara dalam talian adalah tidak dibenarkan,” katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhati-hati mengeluarkan kenyataan belibatkan isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER