Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Masri Datuk Bandar MBS Baharu – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 23 Jul – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan) Datuk Masri Razali dilantik sebagai Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, Masri menggantikan Datuk Zazali Salehudin yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam.

“Penyerahan tugas dan proses mengangkat sumpah telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ketetapan Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam pemakluman pelantikan Masri di laman sosial Facebook.

Masri yang merupakan lulusan Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1997 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun sama serta pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, Institut Tadbiran Awam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada Zazali atas perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar MBS sejak 1 Januari tahun lepas.

“Semasa perkhidmatan beliau, Seremban telah berjaya dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya dan buat pertama kalinya, dua Pihak Berkuasa Tempatan telah digabungkan untuk membentuk Majlis Bandaraya Seremban,” katanya.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER