Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Filipina Sekat Kemasukan Rakyat Malaysia Dan Thailand

Kongsikan Artikel Ini

MANILA, 23 Jul – Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah penyebaran varian Delta.

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque berkata, sekatan perjalanan itu akan berkuat kuasa mulai Ahad ini dan berlanjutan hingga hujung bulan bagi membendung varian yang lebih pantas merebak itu.

“Tindakan ini dilakukan untuk mencegah penyebaran lebih cepat dan mencegah varian menular dalam kalangan masyarakat di Filipina,” katanya.

Filipina sebelum ini melarang pelancong dari lapan negara termasuk Indonesia dan India, bagi menghalang serta mencegah penularan varian Delta secara lebih meluas di wilayahnya.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, meletakkan ibu kotanya serta empat wilayahnya, di bawah kawalan Covid-19 lebih ketat hingga akhir Julai.

Sukan dan tempat persidangan, pelancongan domestik dan gimnasium tidak dibenarkan beroperasi, sementara kapasiti operasi tempat makan termasuk di ruang terbuka dihadkan.

Di samping itu, kanak-kanak berumur antara lima hingga 17 tahun tidak dibenarkan meninggalkan kediaman mereka.

Filipina mencatatkan 47 kes varian Delta, lapan daripadanya aktif dan tiga kematian direkodkan setakat ini.

Setakat ini Filipina mencatatkan lebih 1.53 juta jangkitan dan hampir 27,000 kematian, angka kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 18 Sep – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi semalam menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 (dos ketiga) di Hospital...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 18 Sep – Rakyat Malaysia lengkap divaksin antara pengembara dari 17 negara dibenarkan memasuki UK tanpa perlu melalui syarat yang ditetapkan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPARIS, 18 Sep – Perancis memanggil pulang dutanya ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia berkuatkuasa serta-merta, lapor Bloomberg awal pagi tadi. Paris...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 18 Sep – Sekumpulan pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan kerajaan meluluskan dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada individu berusia...

Copyright © 2021 Media Rania