Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Walk-In’ Di PPV Berita Palsu – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 22 Jul – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sembilan menyangkal dakwaan sebuah tulisan bahawa orang ramai boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini bermula 1 Ogos depan seperti yang tular di Facebook.

CITF Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan awam berkenaan perkara itu melalui satu hantaran menerusi akaun Facebook ‘Negeri Sembilan Kini’.

“Laman Facebook Negeri Sembilan Kini menyatakan pada 1 Ogos 2021 boleh walk-in sahaja di mana-mana PPV dan menyenaraikan PPV Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Hospital UCSI Port Dickson dan Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban sebagai PPV yang dimaksudkan.

“CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa maklumat yang dipaparkan di dalam laman Facebook Negeri Sembilan Kini adalah tidak benar dan pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau dibenarkan walk-in di mana-mana PPV Awam dan Swasta yang sedang beroperasi di negeri ini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Isu berkenaan mendapat perhatian apabila Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menghantar kiriman kenyataan media penafian yang dikeluarkan CITF di laman media sosial Facebook dan Instagram beliau, petang tadi.

Tangkap layar di laman Facebook rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan yang berkongsi kenyataan media yang dikeluarkan CITF – Foto: Facebook

Jelas kenyataan tersebut lagi, bagi tujuan pemberian vaksin di Negeri Sembilan, semua pemberian vaksin dilaksanakan melalui janji temu yang diselaraskan melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan hadir tanpa janji temu ke mana-mana PPV di Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2021 dan dimohon agar mematuhi tarikh janji temu yang diberikan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

CITF Negeri Sembilan akan terus menggiatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan melalui 96 PPV awam dan swasta melalui Program Pemberian Vaksin secara outreach di seluruh daerah di Negeri Sembilan.

Berikut merupakan kenyataan media rasmi CITF Negeri Sembilan:

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗜𝗠𝗨𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 (𝗖𝗜𝗧𝗙) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗥 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗖𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗡𝗜
22 𝘑𝘶𝘭𝘢𝘪 2021

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sembilan telah mendapat aduan awam berkenaan satu hantaran di laman facebook Negeri Sembilan Kini yang menyatakan pada 1 Ogos 2021 boleh walk in sahaja di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menyenaraikan PPV Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, UCSI Hospital, Port Dickson dan Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban sebagai PPV yang dimaksudkan.

CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa, maklumat yang dimuatkan di dalam laman facebook Negeri Sembilan Kini adalah tidak benar dan pihak CITF Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau dibenarkan walk in di mana-mana PPV Awam dan Swasta yang sedang beroperasi di negeri ini. Bagi tujuan pemberian vaksin di Negeri Sembilan, semua pemberian vaksin dilaksanakan melalui janji temu yang diselaraskan oleh MySejahtera.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan walk in ke mana-mana PPV di Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2021 ini dan dimohon agar mematuhi janji temu yang diberikan oleh MySejahtera. CITF Negeri Sembilan akan terus menggiatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan melalui 96 PPV Awam dan Swasta serta melalui Program Pemberian Vaksin secara Outreach di seluruh daerah di Negeri Sembilan.

𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗜𝗺𝘂𝗻𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗼𝘃𝗶𝗱-𝟭𝟵 (𝗖𝗜𝗧𝗙) 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER