Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Tokyo 2020 – Juara Dunia Bakal Menggegar

Kongsikan Artikel Ini

BUDAPEST, 22 Jul – Covid tak Covid, buruan pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dah tak boleh ditahan lagi!

Mungkin itu yang bermain di minda lagenda renang Hungary, Katinka Hosszu yang juga pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik sedang bersiap untuk temasya kelima di Tokyo dengan harapan untuk menikmati suasana di sana.

Selepas membuat penampilan pertama di Athens 2004 dan beraksi di Beijing 2008, dia terlepas podium di London 2012 meskipun diletakkan harapan tinggi.

Empat tahun kemudian di Rio 2016, Hosszu meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak dan meletakkannya sebaris nama-nama besar dunia.

Perenang berusia 32 tahun yang dikenali sebagi ‘Iron Lady’ merancang untuk bertanding dalam acara 200m dan 400m rampaian individu, 200m kuak lentak dan 200m kuak kupu-kupu di Tokyo.

“Saya ingin menikmati suasana di Tokyo dan saya tidak fikir banyak mengenai keputusan kerana saya hanya mahu berada di sana.

“Saya tidak rasa seperti berada di sana, tidak beremosi ketika menangn pingat emas kerana selepas menang saya fikir kejohanan seterusnya.

“Saya tidak gembira untuk berada di atas podium atau mendengar lagu kebangsaan kerana saya sudah memikirkan perlumbaan akan datang,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER