Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Syed Saddiq Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah Wang Bersatu RM1 Juta

Kongsikan Artikel Ini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang parti politik ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada)

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada Malaysia dan dengan curangnya didakwa membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan sehingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq diwakili dua orang peguamnya, Gobind Singh Deo dan Datuk Ambiga Sreenevasan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSayap Wanita Pakatan Harapan pada semalam telah membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin. Laporan itu mendakwa,...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniDua kumpulan anti-rasuah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan perkembangan terbaharu siasatan kes membabitkan dua Ahli Parlimen, Tajuddin Abdul Rahman dan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 27 Jul – Polis Perak mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSekumpulan ahli parlimen dan aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan menteri-menteri berkaitan yang menurut mereka “cuai” dalam...

Copyright © 2021 Media Rania