Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Mini Disko Balai Polis’ – Ketua Balai Digantung Kerja

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jul – Ketua balai polis berpangkat Sub-Inspektor yang ditangkap dalam serbuan di sebuah balai di daerah Kajang disahkan positif dadah jenis ganja.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pegawai berkenaan digantung kerja mulai hari ini.

“Pegawai itu turut direman selama dua hari bagi membantu siasatan manakala tujuh yang lain dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada Khamis.

Menurutnya, keputusan itu diperoleh selepas kesemua lapan individu yang ditahan menjalani ujian saringan air kencing.

Azri berkata, siasatan akan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang terhadap kesalahan penggunaan dadah dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) manakala pihak JIPS menjalankan siasatan selari dengan tatatertib.

Semalam, Sinar Harian melaporkan tiga anggota dan seorang pegawai polis berpangkat Sub-Inspektor ditahan semasa berpesta di dalam bilik sebuah balai polis di daerah Kajang bersama empat wanita awam berusia 21 hingga 37 tahun pada petang Selasa.

Dalam serbuan tersebut, anggota dan pegawai berkenaan dikatakan sedang leka berhibur sambil menikmati minuman keras dan air ketum.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER