Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

MB Negeri Sembilan Zahir Rasa Dukacita Insiden Kebocoran Gas Dalam Ambulans

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 22 Jul – Sedih tak terkata. Pengorbanan mereka tiada galang gantinya.

Rasa kesedihan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dizahirkan sebaik menerima perkhabaran duka insiden yang menyayat hati pagi tadi.

Beliau mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada seorang petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok yang meninggal dunia akibat kebocoran gas pagi ini.

“Saya mendoakan semoga keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian yang maha berat ini,” ujar beliau dalam hantaran di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Rasa sedih Menteri Besar Negeri Sembilan dikongsikan di laman Facebook miliknya sebentar tadi – Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

 

Difahamkan, menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Veerapan Superamaniam, tiga lelaki turut tidak sedarkan diri akibat kebocoran tersebut.

Aminuddin dalam nada sedih turut mendoakan agar mangsa-mangsa lain yang cedera akibat insiden tersebut segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

“Sungguh, jasa para petugas kesihatan amatlah besar terutamanya dalam situasi ‘peperangan’ COVID-19 ini.

Sama-samalah kita membantu mereka dengan cara mematuhi SOP sebaik mungkin bagi menghentikan penyebaran wabak ini,” nasihat beliau kepada seluruh rakyat agar ikuti SOP yang ditetapkan.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan diketuai Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kematian petugas kesihatan terbabit dan tiga lagi tidak sedarkan diri ketika di dalam ambulans.

“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT ke lokasi klinik untuk membuat pemeriksaan namun tiada kesan berlaku kebocoran gas,” katanya.

Beliau berkata, kejadian masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran gas karbon monoksida di dalam ambulans.

Kredit foto: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER