Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Mahiaddin Guna Pelbagai Alasan Dan Muslihat Tundukkan Parlimen Ikut Kehendak Eksekutif

Kongsikan Artikel Ini

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin perlu menerima hakikat tentang pentadbirannya yang gagal dan seharusnya menyerahkan kuasanya kembali kepada Parlimen untuk menentukan nasib pemerintahannya.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee berkata, kerajaan ketika ini cuba untuk memanipulasi badan perundangan, menggunakan kesemua muslihat untuk menyalahgunakan kuasanya agar Dewan Rakyat mengikut kehendak kuasa Eksekutif.

Beliau berkata, Parlimen, badan perundangan dan suara perwakilan rakyat yang seharusnya menjadi kekuatan tertinggi dalam perlembagaan negara telah ditundukkan oleh kerajaan di mana perkara itu bertentangan dengan DNA demokrasi berparlimen.

“Anggota Dewan Rakyat tidak lagi dihormati. Mereka dinafikan hak untuk menilai kerajaan. Mereka tidak dapat membahas dan mengundi proklamasi darurat serta peraturan yang ditetapkan di bawahnya.

“Eksekutif menggunakan semua kuasanya dan mengeksploitasi semua ketidaksempurnaan undang-undang untuk mengelakkan badan perundangan menilai keputusan dan tindakannya.

“Eksekutif juga tidak membenarkan pengundian terhadap usul sama ada usul tidak percaya atau gerakan untuk menerima dan menolak darurat. Ini semua bukti jelas mengenai penipuan dan penyalahgunaan hak prerogatif Eksekutif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Howard berkata, tindakan Speaker Dewan Rakyat yang secara pasif membiarkan agenda kerajaan menyekat penilaian Legislatif mengenai dasar dan kesahihan Eksekutif juga jelas menggambarkan bahawa Dewan Rakyat telah dijadikan boneka politik.

Beliau menegaskan bahawa jalan yang benar bagi Kabinet lakukan ketika ini adalah tunduk kepada Parlimen dan bukan sebaliknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniGerakan diterajui belia seperti #Lawan, Hartal Doktor Kontrak dan Bendera Hitam mendapat sokongan aktivis veteran, dengan salah seorangnya dari era Reformasi menggalakkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSetelah pimpinan Pakatan Harapan membuat perkiraan yang teliti bersama rakan-rakan dari parti-parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Tan Sri Mahiaddin Md...

Copyright © 2021 Media Rania