Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Jangan Benarkan Ahli Politik Campur Tangan Urusan Tabung Haji

Kongsikan Artikel Ini
Tiada keperluan Tabung Haji (TH) diletak di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan menambah baik pengurusan dan operasinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Ketua Pembangkang itu, TH boleh menukar kepada pengurusan yang cekap bagi memastikan operasi dan pengurusan terbaik.
Ia juga tidak sepatutnya mengizinkan orang politik berkepentingan campur tangan dalam urusan organisasi itu, tambahnya.
“Kalau ada masalah pengurusan, mustahil tidak ada orang yang layak menguruskan TH dalam jutaan orang umat Islam ini.
“Yang menjahanamkan institusi ini ialah campur tangan orang. Keluarkan orang politik, selamat wang rakyat,” kata Anwar menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Presiden PKR itu menegaskan, tidak perlu sama sekali BNM mengambil alih tugas menyelia TH, tetapi pengurusan yang cekap adalah dituntut bagi menguruskan dana itu.
“Tidak perlu sama sekali BNM ambil tugas (TH), kerana banyak tugas BNM yang tak terkendali, seperti moratorium, pun belum selesai.
“Jangan bebankan BNM dengan hal-hal yang mungkin akan menjejaskan kepentingan umat Islam dan TH,” katanya dalam video berdurasi 4.59 minit itu.
Anwar turut memberi cadangan agar terdapat wakil daripada Kementerian Kewangan untuk berada dalam Ahli Lembaga Pengarah TH bagi melicinkan lagi pengurusan operasi dana itu.
“Segala usaha ini boleh dijalankan bagi menyelamatkan dana dengan lebih 9 juta pendeposit ini dan membawa TH kembali ke era kecemerlangannya,” katanya.
Pada Ahad, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan bersetuju meletakkan TH di bawah kawal selia BNM bagi menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKeadaan ekonomi akan bertambah buruk dengan sebarang penangguhan dalam usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut dua ahli ekonomi. Ketua...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniGolongan B40 dan M40 lebih berisiko diisytiharkan bankrap kerana masalah kewangan serius akibat pandemik Covid-19. Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jul – Agensi penarafan ekonomi antarabangsa, S&P Global Ratings menjangkakan gelombang baharu COVID-19 akan menjejaskan pemulihan bagi sektor perbankan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKLANG, 21 Jul – Kira-kira 50 pemandu bas warga emas terpaksa menjual bas sekolah di pusat besi buruk bagi mendapatkan wang untuk...

Copyright © 2021 Media Rania