Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ismail PM ‘De Facto’ Umno…

Kongsikan Artikel Ini

Wartawan veteran Kadir Jasin mendakwa ‘kumpulan lama’ Umno kini kembali menguasai kerajaan dengan Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai perdana menteri ‘de facto’ parti itu.

Beliau berkata, situasi itu tampak jelas apabila Najib Razak membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan anak buahnya ketika bersama dalam kerajaan Barisan Nasional bagi membincangkan hala tuju dan dasar negara.

“Najib membuat kunjungan hormat kepada anak buahnya yang sama-sama orang Pahang, Ismail Sabri Yaakob, yang kini Timbalan Perdana Menteri ‘mengesahkan’ segala-galanya,” katanya di Facebook.

Kadir berkata, Najib yang pernah menjadi ‘bos’ dan mentor Ismail seolah-olah meletakkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri apabila berjumpa beliau bagi membincangkan isu berkaitan hala tuju dan dasar negara.

Malah, beliau berkata, “Langkah Sheraton” yang diketuai Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin, Azmin Ali menemui jalan “mati” apabila hanya menjadi boneka oleh kluster mahkamah Umno ketika ini.

“Secara ‘de facto’, ‘Umno is back in power’ dan jalan ke (penjara) Sungai Buloh mungkin nampak semakin pudar dan harapan lepas bebas semakin cerah bagi anggota kluster mahkamah Umno.

“Sebab itulah saya berulang kali kata, jangan hairan kalau Mahiaddin (Muhyiddin) akan melangkah kembali kepada Umno demi kelangsungan kerjaya politiknya,” katanya sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional masih selamat sehingga hari ini atas ihsan “konspirasi” Umno.

Kadir berkata, pertunjukan kuasa oleh Umno bermula dengan siri kunjungan hormat kepada Ismail oleh Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki, pada 9 Julai lalu.

“Simbolisme kunjungan Asyraf itu seterang matahari iaitu Umno mengiktiraf Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan ‘de facto’ apabila dia menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Umno itu sebuah memorandum berjudul “Tuntutan Rakyat”.

“Simbolisme yang amat ‘powerful’. Dia tidak menyerahkan tuntutan itu kepada Mahiaddin walaupun Mahiaddin adalah Perdana Menteri,” jelasnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER