Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Doktor Kontrak Bongkar Cerita Mengapa Letak Jawatan 24 Jam

Kongsikan Artikel Ini

Masalah doktor kontrak sudah lama berlarutan. Rintihan mereka mengenai waktu kerja berbelas jam saban hari, tanpa prospek kemajuan dalam kerjaya adalah “rahsia terbuka”.

Tekanan ke atas mereka bertambah apabila pandemik Covid-19 tercetus. Kini ada kalangan doktor kontrak meletak jawatan – bukan kerana enggan menggalas tanggungjawab sebagai “frontliners”, tetapi kerana kecewa dan buntu menghadapi masa depan penuh persoalan.

Ada yang tergamak menghantar surat pemberhentian kerja 24 jam walaupun terpaksa membayar denda gaji sebulan kepada kerajaan sebagai ganti rugi.

Media berjaya menjejaki seorang daripada mereka, yang menceritakan pengalaman terpaksa dilaluinya, termasuk layanan berbentuk diskriminasi daripada pihak atasan.

Doktor ini yang tidak mahu namanya disiarkan atau jantina diketahui, berkongsi pengalamannya, yang menurut beliau, turut mencerminkan keadaan lebih 23,000 pegawai perubatan kontrak yang menghadapi nasib sama.

Selepas berkhidmat sebagai doktor pelatih di Malaysia Timur, beliau memilih untuk bertugas di Kuala Lumpur kira-kira dua tahun lalu.

“Saya dikerah ke sebuah klinik kesihatan. Oleh kerana Covid-19 baharu saja melanda negara, saya bersemangat untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin. Saya seterusnya ditugaskan ke semua pusat rawatan Covid-19 sebagai ‘frontliner’.

Kini ada kalangan doktor kontrak meletak jawatan – bukan kerana enggan menggalas tanggungjawab sebagai “frontliners”, tetapi kerana kecewa dan buntu menghadapi masa depan penuh persoalan.

“Ia memang tugas memenatkan dan mencabar. Kami harus menghabiskan waktu berjam-jam memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang amat tidak selesa.

“(Ketika itu) saya perhatikan, hanya doktor kontrak, terutama mereka yang bujang, ditugaskan di barisan hadapan di pusat-pusat (Covid-19) ini.

“Doktor ‘senior’ dan ‘super senior’ pula hanya duduk di pejabat, malah ada antara mereka menjalankan perniagaan peribadi sendiri,” kata doktor berkenaan.

Bagaimanapun, doktor kontrak ini berkata beliau tidak berputus asa tetapi terus berkhidmat sebaik mungkin walaupun menyedari rakan doktor yang berjawatan tetap menerima gaji dan ganjaran jauh lebih baik, meskipun menjalankan kerja yang sama, berbanding beliau.

Apa yang mengecewakan beliau dan rakan doktor kontrak yang lain adalah masa depan tidak menentu dan status mereka sebagai doktor kontrak yang penuh dengan seribu satu persoalan.

“Saya merasa nasib kami bergantung kepada belas kasihan mereka (pihak atasan) kerana mereka tahu bahawa kami, sebagai pegawai kontrak, akan mengikut apa sahaja arahan tanpa soal.”

Paling mengecewakan untuk doktor kontrak ini dan rakan-rakannya adalah tidak ada sesiapa dapat memberikan maklumat tepat mengenai syarat untuk membolehkan mereka dilantik sebagai pegawai perubatan.

“Sepanjang masa, pengurusan pandemik Covid-19 menjadi satu-satunya tugas kami. Tetapi pihak berkenaan tidak menjalankan sebarang penilaian, secara bertulis mahupun lisan, terhadap prestasi kerja kami walaupun ia amat penting untuk dipertimbangkan bagi jawatan tetap,” katanya.

“Kami diberitahu sekitar 800 dari 23,000 doktor kontrak telah ditawarkan jawatan tetap.

“Tetapi apabila kami bertanya apa kriteria untuk memperoleh jawatan tetap itu dan apakah kami boleh memohon, tidak ada sesiapa memberi jawapan.

“Kekecewaan kami semakin meningkat, bahkan ketua pengarah (kementerian) sendiri tidak tampil untuk memberitahu apa-apa, ” katanya.

Doktor itu berkata rasa kecewanya bertambah apabila isu itu memberi impak kepada kehidupan peribadinya.

Usaha beliau membeli rumah tergendala kerana bank enggan memberikan pinjaman kepada doktor berstatus kontrak. Malah, permohonan untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerajaan juga ditolak atas alasan sama.

Namun, beliau menganggap dirinya bernasib baik kerana, akhirnya, menerusi bantuan ibu bapa, dia berjaya mendapatkan pinjaman yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah dan kereta.

Bagaimanapun, doktor itu berkata dia kini amat khuatir kontraknya sebagai pegawai perubatan tidak akan diperbaharui apabila luput pada Julai tahun depan.

Ini bakal membawa masalah untuk pembayaran balik dua pinjaman bank itu, justeru beliau mula mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan mencari pekerjaan lain.

“Kami juga tidak dapat mendaftar untuk mengikuti program sarjana kerana kami masih pegawai kontrak. Justeru, saya menunggu mesyuarat Kabinet 14 Julai lalu yang sepatutnya membuat keputusan mengenai masa depan doktor kontrak.

“Kami menaruh harapan tinggi bahawa nasib kami akan terbela setelah perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.”

“Saya menunggu kira-kira lima hari selepas itu untuk mendapatkan berita baik. Apabila tidak ada sebarang perkembangan, saya menyerahkan notis peletakan jawatan 24 jam walaupun saya terpaksa membayar gaji sebulan sebagai ganti rugi,” kata doktor itu.

Beliau kini telah mendapat pekerjaan tetap di sektor swasta yang membayar imbuhan dua kali ganda berbanding perkhidmatan awam.

Namun beliau menegaskan, bukan wang yang mendorongnya meletak jawatan sebaliknya kekecewaan terhadap birokrasi kerajaan, ketidakpastian dan prasangka lain yang memaksanya dan ramai lagi meninggalkan perkhidmatan awam dan beralih ke sektor swasta.

Ketika ditanya sama ada beliau mengambil tindakan salah, kerana pengorbanannya masih diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19 terus berleluasa, doktor ini mengatakan ramai pegawai perubatan kontrak sudah pun menabur jasa sekian lama dan berhak memikirkan masa depan mereka.

“Saya amat berharap kerajaan akan lebih telus dalam kriteria pemilihan pegawai perubatan tetap.

“Saya juga berharap kerajaan akan mengizinkan doktor kontrak mengikuti program Sarjana supaya mereka mempunyai hala tuju yang akan mendorong mereka untuk terus berada dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniGerakan diterajui belia seperti #Lawan, Hartal Doktor Kontrak dan Bendera Hitam mendapat sokongan aktivis veteran, dengan salah seorangnya dari era Reformasi menggalakkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSetelah pimpinan Pakatan Harapan membuat perkiraan yang teliti bersama rakan-rakan dari parti-parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Tan Sri Mahiaddin Md...

Copyright © 2021 Media Rania