Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Wang Negara Bukan Wang Bapa Kamu Mahiaddin..?

Kongsikan Artikel Ini

Gambar yang mendakwa wad Covid HUKM sudah penuh menjadi sangat tular semalam.

Adakah ini benar?

Sekiranya benar, apa langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah serious ini?

Saya difahami bahawa kekurangan staf perubatan telah menjadi penghalang terbesar bagi usaha meningkatkan kapasiti rawatan hospital kerajaan.

Adakah ianya sudah tiba masa untuk meminta bantuan staf perubatan dari negara-negara lain bagi tempoh sementara terutamanya dari negara yang sudah pulih dari Covid?

Bagaimana dengan staff-staff perubatan yang sudah bersara? Adakah terdapat peningkatan usaha untuk mengambil balik staff untuk berkhidmat semula secara sementara

Isu doktor kontrak kerajaan yang tidak puas hati juga perlu diselesaikan secepat mungkin pada ketika ini.

Jika membisu sahaja dan menambahkan kemarahan mereka.

Sekiranya kerajaan tidak mampu mengambil keseluruhan doktor-doktor kontrak sebagai permanent staff, sekurang-kurangnya tawarlah bonus yang besar pada akhir kontrak.

Jangan kedekut pada doktor dan keperluan kesihatan pada ketika Malaysia dalam krisis kesihatan yang amat besar ini. Ini bukan masa untuk kamu buang masa runding-runding.

Ianya bukan wang bapa kamu. Bukan kerajaan hari ini yang kumpul dulu pun.

Tingkatkan juga perkhidmatan ambulans termasuk memasang alat-alat bantuan pernafasan kepada kereta van kerajaan untuk dijadikan ambulans sementara sekiranya ambulans baru lambat sampai.

Jangan pandang sahaja apabila Rakyat kita sakit atau menafi keadaan sudah menjadi paling kritikal.

Sebab kita sudah cecah paras 133,000 kes Covid aktif dan nombor ini sedang meningkat 5k ke 7k setiap hari sejak sebulan lalu.

Langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah ialah untuk mengaku kita ada masalah – bukan menafi.

Menafi dan tidak memperbaiki keadaan yang kritikal ini adalah satu jenayah dan dosa yang amat besar di dunia dan akhirat.

Ini adalah nyawa manusia. Ini adalah Rakyat yang sedang sakit.

Perlu ingat bahawa antara tanda bagi kerajaan yang gagal ialah apabila negara tidak lagi mampu memberi rawatan dan perhatian kesihatan yang sewajarnya kepada Rakyat sendiri.

Najib Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISU yang masih menarik untuk dibahaskan pada ketika ini ialah penggubalan dan pembatalan suatu ordinan darurat. Persoalan pertama, adakah keputusan duluan Mahkamah...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniSama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai jumlah 89 kerusi Parlimen. UPKO (1 kerusi – Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniBelum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong...

Copyright © 2021 Media Rania