Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ubah Tiga Perkara Atau Letak Jawatan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

KENYATAAN MEDIA 21 JULAI 2021

Majlis Presiden Pakatan Harapan terkejut membaca kenyataan media Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mendakwa Pakatan Harapan cuba melagakan beliau dengan Istana Negara. Ini bukanlah satu kenyataan yang patut dikeluarkan seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan menggunakan bahasa yang tidak mengikut peraturan Parlimen (‘unparliamentary language’).

Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.

Maka jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa titah pandangan Seri Paduka Baginda mesti dijunjung oleh Kerajaan dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak perlu bimbang kerana Pakatan Harapan tidak memasukkan sebarang usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri.

Kami hanya mahu menumpukan perhatian sidang khas ini kepada perkara-perkara penting pandemik COVID-19 dan kesusahan rakyat dalam krisis ekonomi masakini.

Untuk mencapai maksud penuh titah tersebut, Yang di-Pertua mesti melakukan tiga perkara berikut:

1. Tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua Ahli Parlimen hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan. Ini untuk memastikan semua Ahli Parlimen yang ingin berbahas boleh berbuat sedemikian.

2. Membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul Menteri untuk semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah COVID-19, serta usaha memulihkan ekonomi serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Kami tidak boleh terima sidang Parlimen yang dipanggil hanya untuk mendengar ceramah atau kuliah Menteri tanpa perbahasan penuh.

3. Yang di-Pertua Dewan Rakyat perlu putuskan sama ada beliau menjunjung penuh titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.

Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan.

Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniGerakan diterajui belia seperti #Lawan, Hartal Doktor Kontrak dan Bendera Hitam mendapat sokongan aktivis veteran, dengan salah seorangnya dari era Reformasi menggalakkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSetelah pimpinan Pakatan Harapan membuat perkiraan yang teliti bersama rakan-rakan dari parti-parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Tan Sri Mahiaddin Md...

Copyright © 2021 Media Rania