Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Terpaksa Jual Bas Jadi Besi Buruk – Mahiaddin Buat Apa?

Kongsikan Artikel Ini

KLANG, 21 Jul – Kira-kira 50 pemandu bas warga emas terpaksa menjual bas sekolah di pusat besi buruk bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Tindakan mereka kerana terhimpit masalah kewangan apabila operasi perkhidmatan bas sekolah terhenti sejak awal tahun lalu.

Presiden Persatuan Gabungan Pengusaha Dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia Muruga Malai berkata, mereka mula menjual bas sekolah yang sebelum ini menjadi punca utama pendapatan secara berperingkat awal tahun ini.

“Purata harga sebuah bas yang dijual di pusat besi buruk ialah RM7,000 dan wang itu digunakan secara cermat untuk perbelanjaan keluarga.

“Pada mulanya, memang mereka berat hati menjual bas itu, tetapi tiada pilihan memandangkan kebanyakan bas sekolah ini sudah berusia lebih 25 tahun,” katanya.

Muruga, 66, yang juga pemandu bas sekolah berkata, industri perkhidmatan bas sekolah sudah lumpuh dan sukar untuk bangkit semula.

“Ada kalangan ahli mengambil langkah menukar kelas lesen kepada bas pekerja kilang demi mendapatkan wang menyara keluarga.

“Dua bas sekolah saya sudah lama tersadai di hadapan rumah dan saya kini melakukan kerja kebun sejak tidak memandu bas,” katanya.

Menurut Muruga, ramai dalam kalangan ahli persatuan itu adalah ibu tunggal dan warga emas.

Mereka juga melakukan beberapa pekerjaan termasuk berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, pemandu bas sekolah turut menghadapi satu masalah lain iaitu modal untuk memulakan semula operasi bas sekolah apabila dibenarkan kelak.

“Sebuah bas sekolah 44 penumpang memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 untuk kos penyelenggaraan selepas lama tersadai sebelum boleh beroperasi semula.

“Ini untuk penggantian bateri, tayar, pemeriksaan dan sebagainya. Kos itu membuatkan pemandu bas ‘pening’,” katanya.

Katanya, dia turut mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk kebenaran melanjutkan had operasi bas kepada 35 tahun, tetapi belum mendapat jawapan.

“Ini kerana ramai pemandu bas sekolah adalah warga emas dan mereka tidak boleh membuat pinjaman bank untuk pembelian bas sekolah baharu,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKeadaan ekonomi akan bertambah buruk dengan sebarang penangguhan dalam usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut dua ahli ekonomi. Ketua...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Copyright © 2021 Media Rania