Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

TERKINI – Varian Delta Serang Sibu!

Kongsikan Artikel Ini

SIBU, 21 Jul – Penduduk di Sibu diminta berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun telah menerima vaksin Covid-19, susulan terdapat varian Delta yang telah dikesan di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kes itu disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) melibatkan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lepas.

“Kes tersebut telah diambil ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) pada 7 Julai dan didapati positif Covid-19. Sampel telah dihantar ke Unimas untuk ujian pengesahan dan kemudiannya ditahan di Hospital Sibu sejak hari tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBB Sibu, seorang lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki Sarawak bersama-sama kes itu didapati negatif namun dia masih ditahan di sebuah pusat kuarantin di sana untuk tempoh 21 hari, sementara dua orang warga tempatan yang menjadi kontak kepada kes berkenaan turut dikuarantin untuk tempoh sama.

“Sehubungan itu penduduk Sibu harus berwaspada dan amalkan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan elak ke tempat orang ramai berkumpul walaupun sudah menerima vaksin.

“Diingatkan juga supaya jangan mengambil pekerja asing yang tidak sah untuk bekerja,” menurut jawatankuasa itu.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania