Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Siapa Bekas Menteri Didakwa Esok Dakwa Seleweng RM1.12 Juta?

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Seorang bekas Menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah, Jalan Duta jam 9 pagi esok berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik.

Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

“Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terbabit dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang beliau adalah ketua pemuda.

“Ahli Parlimen itu dijangka akan turut dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber berkata, siasatan ke atas Ahli Parlimen ini dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Okt – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniLABUAN, 25 Okt – Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER