Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ribuan Belum Divaksin Boleh Berkumpul Di PPV, 220 MP Dah Divaksin Tak Boleh Bersidang?

Kongsikan Artikel Ini

Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada Isnin ini dianggap sebagai ‘kepalsuan politik’ apabila tiada sebarang usul akan dibentang sekali gus sukar untuk menentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti atau sebaliknya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah menghalang ahli Parlimen mengemukakan usul itu menyebabkan sebarang pengundian tidak akan dilakukan termasuk terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika tiada sebarang usul dibentang kali ini, maka sukar untuk melihat kerajaan pada hari ini memiliki majoriti atau tidak.

“Saya fikir jika ada usul undi percaya atau tidak kepada Muhyiddin Yassin, perkara itu juga tidak akan dilakukan.

“Justeru, saya melihat semacam wujud kepalsuan politik dari segi kedudukan terhadap Muhyiddin Yassin kerana tiada pengundian,” katanya selepas menyerahkan agihan daging korban secara pandu lalu kepada wakil-wakil penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang di Api-Api, di sini pada Rabu.

Sebanyak 720 kilogram (kg) daging korban diagihkan kepada 120 wakil di kawasan DUN Pulai Sebatang dan Benut.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menganggap sidang Dewan Rakyat kali ini sebagai taklimat sahaja kepada ahli- ahli Parlimen.

Justeru, beliau menggesa agar 222 ahli Parlimen daripada pembangkang dan kerajaan dibenarkan mengikuti sesi persidangan kali ini bagi membolehkan perbincangan berhubung Covid-19 dilakukan lebih baik seterusnya mencapai matlamat.

“Semua ahli Parlimen sudah divaksin, jadi apa salahnya dibenarkan semuanya bersidang bersama. Malah pelbagai langkah keselamatan termasuk cermin penghadang sudah dilakukan selain proses nyah cemar yang kerap dilakukan.

“Sekiranya ribuan penerima vaksin yang belum divaksin pun boleh berkumpul di ribuan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara, mengapa semua ahli Parlimen yang sudah lengkap dos vaksin tidak boleh berkumpul,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Ahad lalu dilaporkan berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan sidang Dewan Rakyat yang bermula 26 Julai ini, dihadkan kepada hanya 80 ahli Parlimen dalam satu sesi persidangan secara bersemuka, manakala bakinya menyertai secara maya.

Mohd Rashid berkata, jawatankuasa terbabit akan mencadangkan setiap sesi persidangan dihadiri seramai 44 ahli Parlimen kerajaan dan 36 ahli Parlimen pembangkang.

Sebelum itu Mohd Rashid dilaporkan berkata, ahli Parlimen boleh mengemukakan pertanyaan pada Persidangan Khas Dewan Rakyat selama lima hari mulai 26 Julai ini.

Katanya, ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang tidak akan dihalang jika mahu mengemukakan sebarang pertanyaan.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula bersidang selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER