Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PKPD Seluruh Seremban Tamat Tengah Malam Esok – MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 21 Jul – Keputusan Kerajaan Persekutuan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Seremban, Negeri Sembilan, mulai esok selepas 14 hari dilaksanakan, amat dialu-alukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam catatan di laman Facebook beliau menyebut, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, PKPD bagi seluruh daerah Seremban bakal ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 22 Julai 2021, jam 11.59 malam.

“Keputusan tersebut diambil susulan pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sewaktu sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelas Aminuddin.

Susur masuk Plaza Tol PLUS Seremban Utara ditutup susulan PKPD – Foto: Facebook

 

PKPD di daerah berkenaan melibatkan lapan mukim iaitu Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.

“Hasil pemantauan yang telah dilakukan KKM mendapati, daerah ini mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5,504 kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti ini,” kata MKN.

Daerah Seremban mula dikenakan PKPD sejak 9 Julai lalu.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Terkini

Kongsikan Artikel IniPemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang membuat ‘urusniaga’ untuk membolehkan mereka mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat, dakwa Timbalan Presiden AMANAH, Datuk...

Politik

Kongsikan Artikel IniKerajaan Perikatan Nasional dilihat telah sewenang-wenangnya ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk membahaskan isu Ordinan Darurat di Parlimen....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Politik

Kongsikan Artikel IniBekas menteri Rafidah Aziz menegaskan pihak yang bertanggungjawab membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Istana Negara harus “berundur atau dikenakan hukuman setimpal” atas...

Copyright © 2021 Media Rania