Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

MP Wangsa Maju Terus Komited Salur Bantuan Bakul Makanan

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 21 Jul – Kesan akibat PKP yang berpanjangan menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah kekangan dalam kehidupan, terutama di kawasan perumahan kos rendah seperti di Teratai Mewah dan Taman Setapak Indah Jaya.

Bertitii tolak daripada itu, Ranting KEADILAN Teratai Mewah membuat penyelarasan untuk menghantar Bakul Makanan Parlimen kepada penduduk yang telah memohon secara berterusan.

Bantuan daripada Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah disalurkan seawal Julai tahun ini namun peningkatan mendadak kes Covid-19 khususnya di Blok 4 & 6 menyebabkan bantuan terpaksa ditambah berkali ganda.

Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju menyalurkan bantuan melalui pelbagai kaedah kepada penduduk terjejas

Menurut maklumat yang dihantar penduduk tempatan dan menerusi aplikasi MySejahtera, dilaporkan lebih daripada 330 kes baru dikesan semenjak dua minggu lalu.

Oleh kerana kawasan berkenaan dianggap berisiko tinggi, pengagihan dibuat di siar kaki awam di hadapan kedai runcit Anandur, Jalan Langkawi dengan agihan bantuan dikendalikan Saudara Krisnakumar Ganesan yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ranting Teratai Mewah.

Semenjak program Bakul Makanan dibuka, tidak kurang daripada 300 sumbangan telah dibuat di kawasan sekitar JDM Teratai Mewah yang juga merangkumi Setapak Indah Jaya dan Danau Kota.

Ketua AMK Ranting Teratai Mewah, Krisnakumar Ganesan mewakili Ahli Parlimen Wangsa Maju menghulurkan bantuan bakul makanan di siar kaki bagi mengurangkan risiko jangkitan

Ini diburukkan lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi apabila ramai penduduk telah mula merasai keperitan hidup di samping berdepan dengan kadar jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Setiap set bakul makanan yang disalurkan juga mempunyai bungkusan pelitup muka dan diharap dapat membantu penduduk mengharungi kekangan hidup hidup buat masa ini.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bertanya khabar semasa lawatan di kawasan terjejas sekitar parlimen beliau

Andre Lai, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju merangkap pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju berharap imuniti kelompok atau  ‘herd immunity’ dapat dicapai secepat mungkin supaya ekonomi semasa dapat kembali ke landasan.

Semenjak bulan Mei, beliau dan pasukan Pusat Khidmat Parlimen telah terlibat dalam proses mendapatkan tarikh temujanji vaksinasi Covid-19 bagi penduduk Wangsa Maju.

Beliau sentiasa berhubung dengan penduduk tempatan berkenaan perkembangan semasa dan mendapati hampir setiap keluarga yang memohon bantuan makanan telah kehilangan sumber pendapatan.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai dengan bantuan AMK melaksanakan penyaluran bantuan bakul makanan secara berterusan

Negara masih lagi akan diancam dengan isu penggangguran pasca pandemik untuk jangkamasa panjang dan bantuan akan tetap disalurkan.

“Bantuan makanan walaupun berbentuk sementera, tetapi diharap dapat mengurangkan beban keluarga buat masa sekarang,” kata Andre.

Ketua AMK Ranting Teratai Mewah (kanan), Krisnakumar Ganesan menziarahi penduduk di sebuah kedai runcit di Teratai Mewah

Bakul Makanan Parlimen Wangsa Maju masih lagi dibuka. Penduduk Wangsa Maju boleh membuat pendaftaran di no hotline 011 -6219 1775 atau klik pada pautan di bawah:

https://tinyurl.com/wmfoodbank2021

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania