Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

‘Mini Disko’ Di Balai Polis?

Kongsikan Artikel Ini

KAJANG, 21 Jul – Seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya ditahan dalam serbuan parti liar oleh Bukit Aman di balai polis dalam daerah Kajang, petang semalam.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menahan empat lagi wanita ketika sebahagian mereka sedang leka menari dan berkaraoke di sebuah bilik khas dijadikan ‘mini disko’ dalam balai berkenaan.

Serbuan yang dilakukan hasil maklumat awam itu menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan dan empat wanita yang berusia antara 21 hingga 37 tahun itu.

Turut ditemui dalam bilik berkenaan ialah minuman keras dan mereka dipercayai meminum air ketum di bilik terletak di tingkat dua terbabit.

Bilik itu dijadikan seperti disko yang lengkap dengan lampu khas sebelum polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon serta televisyen.

Mereka turut merampas lima botol mengandungi air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Pengarah JIPS Bukit Aman Azri Ahmad yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan penahanan mereka dibuat berdasarkan maklumat salah laku yang jelas.

Katanya, tindakan mereka adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Penahanan dibuat ke atas mereka selepas didapati perbuatan itu dengan jelas melanggar SOP.

“Sekiranya ada yang melanggar peraturan atau SOP, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Polis sedang melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniGerakan diterajui belia seperti #Lawan, Hartal Doktor Kontrak dan Bendera Hitam mendapat sokongan aktivis veteran, dengan salah seorangnya dari era Reformasi menggalakkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSetelah pimpinan Pakatan Harapan membuat perkiraan yang teliti bersama rakan-rakan dari parti-parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Tan Sri Mahiaddin Md...

Copyright © 2021 Media Rania