Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Mengapa UNESCO Singkir Liverpool?

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 21 Jul – Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) hari ini memutuskan untuk membuat keputusan paling sedih dalam sejarah badan dunia itu, setakat ini.

Badan sains dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu terpaksa menyingkirkan kawasan dermaga Liverpool dari senarai Tapak Warisan Dunia (WHB) berdasarkan undian tipis.

Alasan penyingkiran itu adalah kerana bimbang mengenai pembangunan yang berlebihan termasuk rancangan untuk membina stadium bola sepak baharu.

Pada mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh China, seramai 13 perwakilan mengundi menyokong, lima menentang dan hanya satu lagi diperlukan untuk menjadi dua pertiga bagi ‘mengeluarkan’ tapak berkenaan dari senarai global.

“Ini bermaksud tapak Bandar Maritim Mercantile Liverpool dibuang dari senarai tapak warisan dunia,” kata Pengerusi Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO, Tian Xuejun.

Ia adalah penyingkiran yang ketiga selepas keputusan sebelumnya membabitkan Oman dan Jerman, selepas perbincangan jawatankuasa selama dua hari yang mendedahkan ketegangan mengenai bagaimana bandar-bandar di seluruh dunia dapat mengekalkan seperti masa lalu ketika bergerak kehadapan.

Datuk Bandar Liverpool, Steve Rotheram, menggelar keputusan itu sebagai ‘langkah mundur’ yang dibuat pegawai ‘di sebalik dunia’.

“Tempat seperti Liverpool tidak boleh berhadapan dengan pilihan binari antara mempertahankan status warisan atau menjana semula komuniti yang ketinggalan dan kekayaan dari segi pekerjaan serta peluang yang datang bersamanya,” katanya.

Kerajaan United Kingdom (UK) amat kecewa dengan keputusan itu.

Kerajaan percaya warisan dunia di Liverpool layak diberikan peranan signifikan dermaga bersejarah dan bandar yang lebih luas ada peranannya sepanjang sejarah,” kata seorang jurucakap.

Tetapi delegasi UNESCO mendapat maklumat pelan pembangunan semula merangkumi pembinaan bangunan tinggi yang akan merosakkan warisan pelabuhan di barat laut England.

Majlis Antarabangsa mengenai Monumen dan Tapak yang memberi nasihat kepada UNESCO mengenai senarai tapak warisan berkata, kerajaan UK sudah berulang kali diminta untuk memberi jaminan yang lebih kuat mengenai masa depan bandar itu.

Stadium baharu yang dirancang untuk kelab bola sepak Everton sudah memperoleh kelulusan kerajaan tanpa sebarang inkuiri awam.

“Ia adalah contoh terbaru projek besar yang sama sekali bertentangan dengan matlamat UNESCO,” katanya. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniGENEVA: Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi COVID-19 akibat varian Delta yang mudah menular. Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 27 Jul – Junta tentera Myanmar membatalkan keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIO DE JANEIRO: Pertelingkahan meletus membabitkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis di Rio de Janeiro ketika mana protes berlanjutan menuntut peletakan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMANILA, 23 Jul – Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah...

Copyright © 2021 Media Rania