Sukan

Kenapa Arsenal Batal Jelajah Ke Amerika Syarikat?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 21 Jul – Kelab Liga Perdana Inggeris (PL), Arsenal membatalkan siri jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat (AS) selain sah menarik diri daripada saingan Piala Florida pada penghujung bulan ini.

Difahamkan pelan asal skuad berkenaan adalah menyertai kejohanan pra-musim berkenaan namun terpaksa dibatalkan setelah beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan skuad berkenaan.

Menurut satu kenyataan kelab berkenaan, Arsenal dijadualkan berdepan Inter Milan dalam saingan Piala Florida pada 25 Julai ini, mengesahkan penarikan diri berkenaan pada Selasa.

“Kami mengesahkan bahawa kami menarik diri daripada menyertai Piala Florida berikutan wujud beberapa kes positif Covid-19 dalam kalangan skuad ini yang sememangnya telah merancang untuk ke AS, pada Rabu.

“Kami juga sedar keputusan ini pasti akan mengecewakan penyokong kami di AS yang mahu menyaksikan pembentukan pasukan dengan beraksi dalam saingan Piala Florida, namun ia adalah keputusan terbaik setakat ini dalam usaha memastikan kesihatan serta keselamatan pemain serta staf kami terjamin.

“Kami memohon maaf kepada pihak penganjur Piala Florida yang setakat ini telah melakukan persiapan dengan baik bagi menganjurkan piala berkenaan,” katanya menerusi kiriman Twitter rasmi kelab itu pagi tadi.

Difahamkan, skuad kendalian Mikel Arteta itu kini berada di London dengan kesemua pemain dan staf menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing setelah sah menarik diri daripada menyertai saingan Piala Florida.

Selain dijadualkan berdepan Inter Milan pada 25 Julai, The Gunners juga bakal berdepan dengan Everton dan kelab Colombia, Milonarios yang setakat ini mengesahkan akan terus beraksi pada saingan Piala Florida.

Sementara itu dalam satu kenyataan, pihak penganjur Piala Florida kecewa dengan keputusan Arsenal untuk menarik diri dan tidak menyertai kejohanan berkenaan kali ini.

Bagaimanapun, dalam masa sama pihak penganjur turut mengharapkan agar pihak yang disahkan postif Covid-19 dalam skuad The Gunners itu segera sembuh.

“Kami mengharapkan mereka yang disahkan positif dalam skuad Arsenal segara sembuh dan kami akan tetap meneruskan persiapan bagi menganjurkan saingan Piala Florida ini.

“Selain itu, kami juga akan berurusan dengan peminat-peminat yang telah pun membuat pembelian tiket bagi menyaksikan skuad The Gunners itu beraksi di Orlando bagi saingan Piala Florida kali ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMADRID, 3 Feb – Gergasi Sepanyol, Real Madrid mengurangkan kelebihan Barcelona di persada La Liga kepada lima mata hasil kemenangan 2-0 mengatasi Valencia...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version