Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Bilionair Terkaya Dunia Ke Angkasa Lepas, Mahiaddin Ke Mana Pula?

Kongsikan Artikel Ini

TEXAS, 21 Jul – Bilionair terkaya di dunia, Jeff Bezoz menghabiskan masa beberapa minit di angkasa lepas pada Selasa dengan menaiki roket dan kapsul buatan syarikatnya sendiri.

Ketika berlepas, roket New Shepard buatan syarikat Blue Origin yang membawa kapsul ke angkasa lepas berlepas dari pelabuhan angkasa lepas dekat Van Horn, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Kapsul itu berpisah dari roket tersebut dan menyebabkan empat penumpangnya dapat merasai pengalaman berada dalam suasana hampir sifar graviti selama tiga atau empat minit di angkasa lepas.

Turut serta dalam penerbangan itu ialah adik Bezos, 53 Mark, bekas juruterbang, Wally Funk yang berusia 82 tahun dan seorang remaja berumur 18 tahun, Oliver Daemen.

Jeff Bezos (tengah), adiknya Mark Bezos (kiri), Oliver Daeman (kanan) dan Wally Funk (duduk). – Foto AP

Funk menjadi individu tertua terbang ke angkasa lepas manakala Daemen menjadi manusia paling muda berada di luar atmosfera bumi.

Semasa penerbangan itu, kapsul yang dinaiki Bezos tiba pada altitud kira-kira 106 kilometer iaitu 16 kilo meter lebih tinggi daripada bilionair British, Richard Branson yang berlepas ke angkasa lepas pada 11 Julai lalu.

Branson bersama dua juruterbang dan tiga kakitangan syarikatnya menaiki kapal angkasa Virgin Galactic buatan syarikatnya sendiri.

Dalam pada itu, Daemen yang dipilih sebagi penumpang selepas pemenang pertama dalam lelongan tiket ke angkasa lepas tersebut yang bernilai AS$28 juta (RM118.63 juta) menangguhkan penerbangan atas alasan pertindihan jadual.

Bapa Daemen yang juga seorang jutawan dan pemenang tempat kedua dalam lelongan itu tetapi beliau memberikan peluang kepada anaknya bagi menggantikan dirinya untuk pergi ke angkasa lepas.

Kapsul itu selamat mendarat dengan menggunakan tiga payung terjun gergasi di utara tapak pelancaran roket New Shepard itu.

Bezos memiliki nilai kekayaan dianggarkan bernilai lebih AS$200 bilion (RM847.70 bilion).

Manakala Mahiaddin PM Malaysia tak berganjak ke mana-mana malah masih seronok terus menipu rakyat negaranya sendiri!

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniGENEVA: Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi COVID-19 akibat varian Delta yang mudah menular. Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 27 Jul – Junta tentera Myanmar membatalkan keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIO DE JANEIRO: Pertelingkahan meletus membabitkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis di Rio de Janeiro ketika mana protes berlanjutan menuntut peletakan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMANILA, 23 Jul – Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah...

Copyright © 2021 Media Rania