Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

319 TB/Saat: Jepun Menetapkan Tanda Aras Baru Kelajuan Internet Dunia

Fiber Optic cables connected to an optic ports and UTP Network cables connected to ethernet ports.
Kongsikan Artikel Ini

Penyelidik di Institut Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kebangsaan Jepun (NICT) dilaporkan telah memecah rekod kelajuan internet selepas berjaya memindahkan data pada kelajuan 319 terabit (TB)/saat.

Kelajuan itu bukan sahaja memecah rekod tahun lalu yang merekodkan selaju 178TB/saat, tetapi juga adalah 2 kali ganda lebih pantas darinya yang dicapai oleh jurutera Jepun dan U.K.

Kelajuan memindahkan data selaju 319 TB/saat itu dicapai melalui ujian yang dengan menggunakan teknologi termaju gentian optik.

Berbeza dengan gentian optik yang digunakan industri ketika ini, gentian optik yang digunakan oleh NICT itu adalah amat berbeza.

Antara peralatan di bahagian Seksyen Raman yang digunakan dalam sistem ujian pemindahan data NICT. Kredit: NICT

Penyelidik NICT menggunakan sejumlah 552 saluran laser yang dipancarkan pada pelbagai panjang gelombang melalui amplifier (penguat) yang dihasilkan daripada campuran bahan mineral bumi yang sukar ditemui serta menggunakan sistem pancaran laser bagi memindahkan data pada kelajuan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Kapsyen: Diagram skematik sistem yang digunakan NICT dalam ujian pemindahan data yang dijalankan mereka. Kredit: NICT

Walaupun kelajuan pindahan data itu dibuat secara terkawal di dalam makmal, tetapi penyelidik NICT melakukan proses pengulangan pindahan data itu yang sama jaraknya sejauh 3,001 kilometer tanpa berlaku sebarang kehilangan kelajuan atau isyarat.

Sumber: ViceNICT

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniGENEVA: Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi COVID-19 akibat varian Delta yang mudah menular. Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 27 Jul – Junta tentera Myanmar membatalkan keputusan pilihan raya umum 2020 yang dimenangi parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIO DE JANEIRO: Pertelingkahan meletus membabitkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis di Rio de Janeiro ketika mana protes berlanjutan menuntut peletakan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMANILA, 23 Jul – Filipina mengenakan larangan kemasukan individu dari Malaysia dan Thailand serta mengetatkan sekatan di wilayah Manila, dalam usaha mencegah...

Copyright © 2021 Media Rania