Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Suspek Bunuh Pelajar Beli Kapak Atas Talian

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 20 Jul – Siasatan awal menunjukkan sebilah kapak yang dirampas sebagai bahan bukti kes kematian seorang pelajar di Sekolah Tinggi River Valley, dibeli secara atas talian, kata Menteri Undang-Undang dan Dalam Negeri, K Shanmugam hari ini.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa pagi tadi atas tuduhan membunuh susulan kes kematian remaja lelaki berusia 13 tahun di tandas sekolah berkenaan.

Dalam catatan di Facebook, Shanmugam memberitahu proses siasatan susulan soalan diajukan mengenai bagaimana suspek memperoleh sebilah kapak.

Katanya, siasatan awal menunjukkan senjata itu dibeli secara dalam talian, namun pihak berkuasa akan mengetahui fakta lengkap hanya selepas siasatan selesai.

“Satu perkara terburuk yang terjadi kepada ibu bapa apabila dimaklumkan pihak sekolah anak mereka dibunuh.

“Ini sangat mengejutkan kerana keselamatan (di Singapura) biasanya adalah terjamin,” katanya.

Tertuduh dan mangsa masing-masing adalah pelajar menengah Empat dan Satu di Sekolah Tinggi River Valley.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pelajar itu saling tidak mengenali, namun pihak polis akan terus menyiasat mengenai motif serangan.

Shanmugam berkata, terdapat juga rekod sejarah kesihatan mental mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

Pihak pendakwaan hari ini memaklumkan tertuduh sebelum ini dilihat sebagai pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH).

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER