Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Lelaki Pakai Gelang Pink Kantoi Ditahan Polis!

Gambar hiasan
Kongsikan Artikel Ini

SUNGAI PETANI, 20 Jul – Seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu kerana dipercayai positif Covid-19, mengadu penat dan sakit dada ketika ditahan polis dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Petani Utara, Kedah, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit memaklumkan polis bahawa dia terpaksa memandu untuk ke hospital kerana tidak sanggup menunggu ambulans yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah berkata, lelaki terbabit memandu kereta Perodua Kancil untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Ketika anggota kita menahannya, lelaki terbabit berada dalam keadaan penat dan sakit dada. Dia tinggal bersendirian di Taman Kempas dan memandu sendiri untuk mendapatkan rawatan di HSAH.

“Dia sepatutnya menjalani kuarantin di rumah sejak tiga atau empat hari lalu,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beberapa anggota polis yang bertugas di SJR itu kemudiannya mengiringi kereta lelaki terbabit sehingga sampai ke HSAH.

Dalam perkembangan lain, Adzli memaklumkan terdapat 54 kenderaan diarahkan berpatah balik dalam tempoh 11 hingga 18 Julai lalu kerana cuba merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.

Katanya, tindakan kompaun turut dikenakan terhadap 16 individu manakala enam individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER