Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kemalangan Ngeri Di Sibu Menjelang Aidiladha

Kongsikan Artikel Ini

SIBU, 20 Jul – Suami maut manakala isteri yang mengandung tujuh bulan parah selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, Roddy Dejah, 17, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala isterinya Allina Cynthia Kilau, 17, pembonceng parah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu lori memberhentikan lori di lorong kiri kerana hendak membuat pemeriksaan lori yang mengalami kerosakan.

“Ketika sedang membuat pemeriksaan, motosikal yang ditunggang mangsa bersama isterinya datang dari arah belakang lorong yang sama telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori berkenaan.

“Penunggang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Sibu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya,pembonceng dibawa ke hospital Sibu untuk mendapat rawatan.

“Hasil semakan didapati penunggang tidak memiliki lesen memandu dan motosikal ditunggang adalah milik emak isterinya.

“Pemandu lori berusia 54 tahun telah ditangkap dan dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya.

Stanley berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER