Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Jika Kehadiran Cuma 80 – Sekali Lagi – Boikot Saja Sidang Parlimen 26 Julai Ini

Kongsikan Artikel Ini

Pada 16 Julai lalu, saya menulis satu artikel di blog ini menggesa agar blok pembangkang memboikot sepenuhnya sidang khas Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai depan.

Ia berikutan sidang khas itu hanya dipenuhi dengan taklimat menteri semata-mata.

Tidak pernah di dunia ini sidang Parlimen hanya dipenuhi dengan taklimat menteri saja kerana sebagai tunjang semak dan imbang dalam sistem demokrasi, ruang berbahas, bertanya soalan dan mengundi adalah asas utamanya.

Jika hanya taklimat semata-semata, hanya membuang masa Ahli Parlimen menghadirinya dan ia tidak lebih seperti mendengar ceramah sehala saja.

Adakah itu peranan Ahli Parlimen dan adakah untuk itu juga mereka dibayar gaji lumayan?

Sebab itu, bagi saya lebih baik blok pembangkang memboikotnya saja bagi memperlihatkan kepada rakyat dan dunia betapa teruk dan tidak bergunanya kerajaan PN yang sedang memerintah negara melalui pintu belakang ini.

Meski kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengatakan ruang berbahas akan tetap dibuka, tetapi kebanyakan Ahli Parlimen meragui kenyataan beliiau itu.

Melihat kepada tingkah laku Mahiaddin Md Yasin yang sejak tujuh bulan lalu sentiasa saja mencipta pelbagai helah untuk tidak membenarkan Parlimen bersidang, realitinya macam-macam boleh dilakukan oleh mereka melalui kerakusan kuasa yang sebenarnya telah tersimpul mati dalam jiwa bagi tujuan memastikan Parlimen tidak berperanan dengan sewajarnya.

Kemudian daripada itu, belum pun menjadi kepastian sama ada ruang perbahasan benar-benar dibuka atau sekadar auta, terpacul pula kenyataan Timbalan Speakar Parlimen yang menyebut kemungkinan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen dalam sidang khas kali ini akan dihadkan.

Katanya, berikutan ancaman Covid19, sidang khas Parlimen itu nanti mungkin hanya dihadkan kepada kehadiran seramai 80 Ahli Parlimen saja.

Dalam 80 orang itu, sudah tentulah jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang dibenarkan hadir melebihi wakil daripada blok pembangkang.

Ternampak di sini kerajaan tiada keabsahan dan tanpa majoriti ini sentiasa saja mencari helah dan akal jahat untuk kepentingan nafsu rakus mereka.

Di mana logiknya jika hanya 80 saja dibenarkan hadir, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah pun menerima dua suntikan vaksin?

Apakah Ahli Parlimen hanya disuntik kosong atau air suam dan bukan vaksin ke dalam tubuh mereka?

Lebih daripada itu, kakitangan Parlimen juga telah diberi kemudahan oleh kerajaan untuk diberi suntikan vaksin awal sebelum bermulanya sidang Parlimen 26 Julai ini.

Jadi, kenapa masih takut untuk mengadakan sidang dengan kehadiran penuh?

Tambahan lagi, sepertimana yang diketahui umum, semalam juga Mahiaddin berpeluang menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama 300 jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kalau di masjid boleh berkumpul seramai 300 orang dan dalam keadaan bukan semuanya sudah menerima suntikan vaksin, tentulah tidak masuk akal 220 Ahli Parlimen yang sudah menerima vaksin tidak boleh bersidang semuanya.

Tetapi, jika kerajaan PN yang hijab perasaan malunya telah ditarik Tuhan ini masih juga berdegil dengan pelbagai alasan untuk memandulkan Parlimen, sama ada dengan mengekang perbahasan atau menghadkan kehadiran, pilihan bagi blok pembangkang dan kluster UMNO yang turut tidak setuju cuma tinggal satu – boikot sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Tidak perlu lagi kerajaan ini terus diberi muka, malah perlu ditunjukkan kepada dunia wajah kehodohan sebenar mereka.

Kiranya blok pembangkang pun tiada keberanian untuk bertindak demikian rupa, sebaliknya sekadar berani menceceh di media sosial, mereka juga sebenarnya bersekongkol dengan kedurjanaan yang rata-rata menyebabkan kemarahan dan kebencian rakyat ketika ini.

Titah Agong pun selamba saja mereka derhakai dan perkotak-katikkanya, mahu tunggu apa lagi?

Ketidakberanian blok pembangkang dalam hal ini tidak mustahil akan turut menerima hukuman sewajarnya daripada rakyat di kotak undi nanti.

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniSama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai jumlah 89 kerusi Parlimen. UPKO (1 kerusi – Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniBelum pernah dalam sejarah Malaysia merdeka melihat kebiadaban terbuka yang keterlaluan dan berterusan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPemimpin korup sangat takut kepada rakyat yang celik. Pesan Al-Imam Abdul Rahman Al-Kawakibi:- إن خوف المستبد من نقمة رعيته أكثر من خوفهم...

Copyright © 2021 Media Rania