Negeri

Negeri Sembilan Mahu Warga Emas Divaksin Secara ‘Walk-In’

Menteri Besar meninjau PPV UCSI sambil bertanya khabar kepada para petugas dan sukarelawan yang bertugas - Foto: Facebook Page Menteri Besar Negeri Sembilan
Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 19 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan membenarkan individu berumur 60 tahun ke atas, mendapat suntikan vaksin secara tanpa janji temu (walk-in) seperti di Lembah Klang.

EXCO Kesihatan negeri, S Veerapan, berkata ini susulan kes positif COVID-19 di negeri ini mencecah angka melebihi 1,000 kes setiap hari sejak 13 Julai lalu.

“Keadaan ini amat membimbangkan. Pada pendapat saya, vaksin satu-satunya jalan keluar dari pandemik ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang kini dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluas ke utara di Negeri Sembilan, selatan Perak dan barat Pahang, sebagai tindakan segera menangani kenaikan kes positif secara mendadak di negara ini.

Malah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun terus berusaha mempercepatkan proses pemberian vaksin dengan pelbagai program termasuk outreach di kawasan pedalaman sejak beberapa minggu lalu.

Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 1,340 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 62,369 kes.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Agama

Kongsikan Artikel IniKUALA TERENGGANU, 18 Sep – Kutipan sampah di kawasan pantai di daerah ini melonjak 50 peratus kepada satu tan metrik dalam tempoh...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 17 Sep – Menyedari masih ramai yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi terkait pandemik, Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENAMPANG, 15 Sep – Dua maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan, dekat sini...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version