Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

MP KEADILAN Wangsa Maju Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 19 Jul – Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum menampakkan tanda-tanda kejayaan, ia tidak bermakna persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha buat umat Islam terus dilupakan.


Dua hari sebelum Aidiladha menjelma, Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah membuat pengagihan bantuan sempena sambutan perayaan itu di sekitar Flat Taman Melati, dekat sini.

Beliau bersama Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng menyampaikan sumbangan tersebut yang diadakan di Dewan Melati, Blok C bersama Pak Raja, pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kawasan dan saudara Lokman, pengerusi persatuan penduduk 4B.

Dalam pada itu, Dr Tan Yee Kew berkata, beliau hadir sebagai menzahirkan sokongan moral kepada penduduk menjelang sambutan Aidiladha yang akan disambut pada 20 Julai ini (esok).

“Tiada jamuan atau ucapan, keadaan pematuhan SOP sebegini dijangka akan berterusan untuk jangka masa yang panjang,” katanya menerusi kiriman di Facebook Page rasmi beliau.

Sumbangan Bakul Makanan Parlimen Wangsa Maju tepat pada masanya dalam membantu umat Islam membuat persiapan menyambut Aidiladha.

Beliau sentiasa mendoakan dan berharap dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada penduduk Wangsa Maju.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Wangsa Maju itu juga turut berterima kasih kepada pasukan KEADILAN setempat yang diketuai oleh Puan Shuhada dan rakan-rakan seperjuangan atas maklumat dan kerjasama yang diberikan.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER