Politik

Merdekakan Diri Dari Jadi Hamba Pangkat Dan Kuasa – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam sekali lagi akan meraikan Aidiladha dalam norma baru yang serba terbatas demi kepentingan dan keselamatan semua.

Beliau mengimbau semula peristiwa bersejarah tatkala Nabi Ibrahim diuji dengan perintah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail atas nama keyakinan.

“Perintah ini pastinya tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sang ayah dan juga sang anak, namun atas dasar keyakinan kepada rencana Tuhan, detik-detik getir saat bilah pisau hampir mengenai tengkuk anakandanya diharungi dengan selamat.

Allah SWT mendatangkan penyelesaian, dan Nabi Ismail terselamat. Mereka berdua lulus,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah yang akan disambut esok.

Tambah beliau, sikap ini memerlukan tekad yang ampuh sebagai syarat menempuhi badai yang kuat menghempas.

“Ibadah haji melatih umat untuk bersikap cekal dan sederhana, di samping meraikan kesamarataan dan kepelbagaian.

Berangkatnya umat ke tanah suci berpakaian serba putih menandakan kesediaan mencorak peribadi baru yang tidak tunduk pada keangkuhan dan kemewahan yang melampau,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi dalam perutusan yang disiarkan di laman sosial rasmi Facebook sebentar tadi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengajak umat Islam menghayati semula wasiat Rasulullah SAW tatkala baginda menatap wajah ribuan generasi awal Muslimin di padang Arafah dalam Khutbah Haji terakhirnya yang menyeru pada nilai-nilai keadilan dan kesejagatan.

“Sungguh yang demikian merupakan pengajaran abadi buat seluruh umat manusia sebagai panduan dalam perjuangan agar tidak terjerumus ke lembah kezaliman.

Justeru raikanlah Aidiladha ini dengan penuh penghayatan terhadap makna hakikinya,” ujarnya lagi.

Beliau mengharapkan keyakinan kepada masa depan perjuangan rakyat, merdekakan diri daripada diperhambakan oleh harta, pangkat dan kuasa.

Anwar turut menyeru agar terus membantu rakyat yang susah dengan penuh kerendahan jiwa.

”InshaAllah, kemenangan pasti akan tiba,” pesan beliau mengakhiri perutusan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 17 Sep – Status pemulihan bagi Negeri Sembilan dijangka dapat diputuskan seminggu lagi sekiranya tidak berlaku lonjakan kes Covid-19 dalam...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMIRI, 17 Sep – Kerajaan digesa membuat penilaian terhadap masalah kekurangan fasiliti kesihatan dan pakar perubatan di Sabah dan Sarawak, kata Ahli...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 16 Sep – Jasa dan pengorbanan perwira dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak pernah dilupakan. Bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 16 Sep – Nikmat perayaan Hari Malaysia wajar disemarakkan dengan iltizam reformasi membina semula negara. Jelas Naib Pengerusi Majlis Pimpinan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version