Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Merdekakan Diri Dari Jadi Hamba Pangkat Dan Kuasa – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam sekali lagi akan meraikan Aidiladha dalam norma baru yang serba terbatas demi kepentingan dan keselamatan semua.

Beliau mengimbau semula peristiwa bersejarah tatkala Nabi Ibrahim diuji dengan perintah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail atas nama keyakinan.

“Perintah ini pastinya tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sang ayah dan juga sang anak, namun atas dasar keyakinan kepada rencana Tuhan, detik-detik getir saat bilah pisau hampir mengenai tengkuk anakandanya diharungi dengan selamat.

Allah SWT mendatangkan penyelesaian, dan Nabi Ismail terselamat. Mereka berdua lulus,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah yang akan disambut esok.

Tambah beliau, sikap ini memerlukan tekad yang ampuh sebagai syarat menempuhi badai yang kuat menghempas.

“Ibadah haji melatih umat untuk bersikap cekal dan sederhana, di samping meraikan kesamarataan dan kepelbagaian.

Berangkatnya umat ke tanah suci berpakaian serba putih menandakan kesediaan mencorak peribadi baru yang tidak tunduk pada keangkuhan dan kemewahan yang melampau,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi dalam perutusan yang disiarkan di laman sosial rasmi Facebook sebentar tadi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengajak umat Islam menghayati semula wasiat Rasulullah SAW tatkala baginda menatap wajah ribuan generasi awal Muslimin di padang Arafah dalam Khutbah Haji terakhirnya yang menyeru pada nilai-nilai keadilan dan kesejagatan.

“Sungguh yang demikian merupakan pengajaran abadi buat seluruh umat manusia sebagai panduan dalam perjuangan agar tidak terjerumus ke lembah kezaliman.

Justeru raikanlah Aidiladha ini dengan penuh penghayatan terhadap makna hakikinya,” ujarnya lagi.

Beliau mengharapkan keyakinan kepada masa depan perjuangan rakyat, merdekakan diri daripada diperhambakan oleh harta, pangkat dan kuasa.

Anwar turut menyeru agar terus membantu rakyat yang susah dengan penuh kerendahan jiwa.

”InshaAllah, kemenangan pasti akan tiba,” pesan beliau mengakhiri perutusan berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Terkini

Kongsikan Artikel IniPemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang membuat ‘urusniaga’ untuk membolehkan mereka mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat, dakwa Timbalan Presiden AMANAH, Datuk...

Politik

Kongsikan Artikel IniKerajaan Perikatan Nasional dilihat telah sewenang-wenangnya ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk membahaskan isu Ordinan Darurat di Parlimen....

Politik

Kongsikan Artikel IniBekas menteri Rafidah Aziz menegaskan pihak yang bertanggungjawab membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Istana Negara harus “berundur atau dikenakan hukuman setimpal” atas...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Jul – Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan meneruskan hartal dijadualkan pada 26 Julai walaupun kerajaan sudah mengumumkan beberapa langkah...

Copyright © 2021 Media Rania