Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Bakal Kehilangan Henderson?

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 19 Jul – Jordan Henderson berdepan masa depan tidak menentu dengan beberapa kelab utama Eropah bersedia untuk mendapatkan khidmat kapten Liverpool itu.

Henderson yang juga pemain antarabangsa England, sudah memasuki dua tahun terakhir kontraknya di Anfield dan wakilnya mengadakan perbincangan dengan pengurusan kelab mengenai lanjutan kontrak sebelum Kejohanan Eropah.

Bagaimanapun difahamkan perbincangan itu tidak seperti diharapkan dan tidak pasti sama ada perbincangan akan diteruskan lagi.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya salah satu daripada lima pemain yang sudah beraksi selama 10 musim bersama Liverpool dan dia menjadi watak penting kejayaan skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Bagaimanapun kini terdapat kemungkinan dia akan meninggalkan Liverpool dengan Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) sedang mengekori rapat situasinya dan akan menyambar Henderson jika memperoleh peluang.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino sangat meminati gaya permainan agresif Henderson dan mahu menambah kekuatan dalam kelab yang disasarkan untuk memenangi Liga Juara-Juara.

Kelab Perancis itu yang mahu merampas semula kejuaraan Ligue 1 daripada Lille dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan Henderson sekali gus berpeluang kembali bersama bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Gini Wijnaldum.

Henderson menjulang trofi Liga Juara-Juara pada Jun 2019 di Stadium Metropolitano milik Atletico Madrid dan kualiti yang ada padanya juga menarik minat Atletico.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Misi atlet gimnastik artistik negara Jeremiah Loo Phay Xing untuk layak ke pusingan akhir acara all-around lelaki Olimpik...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Atlet angkat berat Uganda yang hilang di Jepun minggu lalu selepas impiannya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya disingkap secara rasmi malam ini dalam stadium ‘tanpa penonton’ yang ditangguhkan selama setahun,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Saksikan siaran langsung upacara Perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi siaran live di bawah.     http://liveonhditv.com/Olympic-Ceremony https://sportspctv.com/Tokyo-Olympics2020/

Copyright © 2021 Media Rania