Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Apa Kata Mahiaddin Pula Buat Undian?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 19 Jul – Undian selama tujuh hari yang dilakukan melalui Page FB Najib Razak mengenai sama ada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin gagal atau tidak, berakhir semalam.

Seramai 350 ribu telah mengambil bahagian dalam undian tersebut.

Keputusan akhirnya ialah 78 peratus berpendapat kerajaan PN adalah gagal, manakala hanya 22 peratus mengundi tidak gagal.

Keputusan ini amatlah memalukan Mahiaddin kerana tanggapan tidak gagal dikalahkan dengan undi yang sangat besar oleh pengundi yang beranggapan gagal.

Kalau diandaikan majoriti yang mengundi adalah penyokong atau ahli UMNO yang menyokong Bossku, keputusan undian itu bermakna ahli dan penyokong UMNO secara majoritinya setuju bahawa kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal.

Memandangkan UMNO adalah komponen Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN, undian ini adalah petanda buruk buat Mahiaddin.

Begitu pun, oleh kerana Page FB Najib yang melakukan undian tersebut, mungkin ada yang tidak setuju dengan keputusannya itu.

Mereka mungkin mengandaikan yang mengundi itu adalah sealiran pemikiran dengan Najib yang sememangnya tidak setuju dengan Mahiaddin.

Untuk berlaku adil, maka apa kata Page FB Mahiaddin Md Yasin pula membuat undian dengan tajuk yang sama?

Manalah tahu, kalau-kalau keputusannya boleh jadi terbalik dengan hanya 22 peratus saja mengatakan PN sebagai kerajaan gagal dan 78 peratus lagi mengundi tidak gagal.

Untuk lebih meyakinkan dan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, boleh juga sebenarnya Page FB Azmin Ali dan Hadi Awang turut sama membuat undian tersebut.

Siapa tahu, jika nanti undiannya menunjukkan 100 peratus mengatakan PN bukan kerajaan yang gagal.

Dalam hal ini, baik Mahiaddin, Azmin atau Hadi Awang, semua mereka mestilah ada keberanian dan berjiwa besar untuk menguji populariti kerajaan PN ini.

Jika tidak, sudahlah menguji ada sokongan majoriti di Parlimen tiada keberanian, takkanlah ujian di alam maya dan di kalangan netizen yang tiada kesan daripadanya untuk menjatuhkan kerajaan pun tak berani juga?

Jadi pemimpin, janganlah sepanjang masa tunjuk jiwa lekeh dan penakut depan rakyat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania