Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

56 Rumah Atas Air Di Tawau Musnah

Kongsikan Artikel Ini

TAWAU, 19 Jul – Kira-kira 200 orang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di perkampungan atas air di Kampung Titingan, dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sekurang-kurangnya 56 rumah musnah terbakar selepas api marak terlalu cepat disebabkan struktur berasaskan kayu serta faktor angin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 50 anggota dan pegawai bersama sembilan jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, api didapati sedang marak dan operasi memadam kebakaran segera dilakukan bagi mengawal daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

“Api hanya berjaya dikawal daripada terus merebak jam 10.55 dan seterusnya kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan bagi memastikan bara api dipadam sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Affendy berkata, kedudukan rumah yang terlalu hampir antara satu sama lain dipercayai menjadi punca api cepat merebak.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bahagian forensik JBPM.

“Operasi pemadaman kebakaran turut dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania